04 January 2020

NIKAH BULAN INI - SASHA SAIDIN IKUT SUAMI KE LUAR NEGARA


"Saya bersyukur akhirnya bakal mendirikan rumah tangga dan segala persiapan dipermudahkan. Saya memang sangat teruja. Sebenarnya, kebetulan saya dapat tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri 20 episod.





"Bagaimanapun, saya terpaksa tolak kerana selepas bernikah, saya akan mengikut suami yang bekerja di luar negara," demikian kata pelakon, penyanyi dan model, Sasha Saidin yang mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr W, bulan ini.

Sasha atau nama penuhnya Sasha Mohd Saidin, 43, berkata, selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, Sasha yang bakal berkahwin kali ketiga teruja dan bersyukur. Sasha berkata, dia akan berpindah mengikut bakal suaminya yang bekerja di Timur Tengah tetapi tetap meneruskan kerjaya seni di sini jika diperlukan.

Klik untuk gambar besar


"Saya akan berulang-alik pulang ke tanah air bagi memenuhi tawaran kerja di sini selain mencari peluang mengembangkan karier di sana terutama dalam bidang peragaan. Apapun, keluarga akan menjadi keutamaan saya nanti," ujarnya.

Menurut Sasha, dia dan bakal suami yang berstatus duda merancang untuk mengadakan majlis pernikahan yang ringkas di ibu kota. Untuk makluman, Sasha yang juga anggota kumpulan Elite pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.

"Pada 2007, dia berkahwin dengan warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sasha Saidin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: