02 January 2020

SHARIF ZERO BERANG DISAMAKAN 'PATI': "KALAU KAU JANTAN, KITA BERDEPAN..."


Baru-baru ini, ada seorang individu di sebalik akaun palsu di Facebook dengan nama Shah Shah itu telah menghina ahli kumpulan Zero. Salah satu ahli Zero iaitu Sharif telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkara tersebut. Menurut Sharif, individu berkenaan bersikap kurang ajar apabila menyamakan mereka seperti pendatang asing tanpa izin (PATI).





"Saya tak tahu mengenai perkara itu sehingga ada peminat yang hantar screenshot dan berikan kepada saya. Perkara begini adalah sangat sensitif khususnya kami orang-orang Sabah. Benda tengah isu di sana. Sampai sekarang saya masih tak berpuas hati dan masih lagi mencari individu di sebalik fake account itu.

"Kalau tengok dekat wall Facebook, dia selalu menghentam orang. Tolong saya dapatkan info pemilik Facebook ini. Saya mahu jumpa dia, nak bagi dia tengok saya punya IC (MyKad)," ujar Sahrif atau nama penuhnya Sharif Kadir Doli Sharif.

Dalam pada itu, Sharif turut mencabar individu berkenaan untuk tampil bersemuka dengannya. Kata Sharif, meskipun sedar wajahnya kelihatan seperti orang asing namun menyifatkan isu sensitif seperti mempertikaikan status kewarganegaraan adalah kertelaluan.

Klik untuk gambar besar


"Saya sedar muka kami ni memang seperti orang-orang luar tapi di tak sepatutnya kaitkan dengan isu sensitif seperti ini. Saya nak sangat berdepan dengan dia, nak tanya apa yang dia tak puas hati.

"Saya tak suka dan saya akan cari sampai dapat. Saya tak tahu apa motif dia buat begini, apa yang dia nak... saya memang asli orang Sabah. Kalau kau jantan, kita berdepan. Aku nak jumpa kau!" katanya.

Susulan itu, Sharif berkata, dia berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan dan sudah membuat laporan polis di Balai Polis Setia Alam pada Selasa.



"Saya nak minta bantun orang ramai jika ada sesiapa yang mengenali pemilik akaun Facebook itu untuk tampil beritahu saya dengan segera. Laporan polis pun dah dibuat semalam di Balai Polis Setia Alam.

"Dia sangat berani menghina saya sebab guna fake account sahaja. Kalau saya tak ambil tindakan seolah-olah saya tak kisah dan biarkan sahaja. Saya tak mahu perkara sebegini berulang dan terkena pula kepada orang lain," jelasnya.

Selain Sharif, kumpulan Zero turut dianggotai oleh Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful) dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu).


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sharif Zero


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: