03 January 2020

BILA REMY ISHAK DELETE SEMUA FOTO & UNFOLLOW MIRA FILZAH DI IG


Ramai kecewa dan terkejut apabila hero Malaya, Remy Ishak memadam kesemua gambar dan kemudian unfollow Mira Filzah di Instagramnya. Apa yang berlaku tanya mereka? Mungkinkah Remy patah hati?





Meskipun melalui pemerhatian, Mira Filzah dilihat masih mengikuti akaun Instagram Remy, namun tiada gambar Mira di IG Remy setakat ini.

Untuk info, Remy dan Mira pernah digosipkan bercinta apabila tampil sedondon ketika menghadiri Festival Filem Malaysia (FFM) tahun lalu. Walaupun mereka berdua menafikan ada hubungan istimewa dan persalinan sedondon itu tidak dirancang, namun peminat tetap menganggap mereka sedang bercinta.

Hingga kini, tiada penjelasan lanjut daripada Remy sendiri berhubung pemadaman gambar Mira itu. Mungkinkah cinta sudah tiada lagi? Hanya Remy sahaja yang mampu memberi jawapannya. Heh.

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: