04 January 2020

VIDEO LAUNGAN AZAN VIRAL, DIPUJI - INI KATA HADY MIRZA


Sepotong rakaman video memaparkan juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Hady Mirza melaungkan azan di sebuah acara dipercayai di Singapura, viral beberapa minggu lalu. Melaungkan azan dengan cukup merdu dan mendayu, kebolehan Hady Mirza itu mendapat pujian ramai.





Menjelaskan lebih lanjut, Hady Mirza memberitahu video berkenaan sebenarnya dirakam pada satu majlis di Singapura penghujung 2018. Menurutnya, menjadi kebiasaan jika di Singapura, ramai akan memintanya melaungkan azan sebelum acara bermula.

"Setiap kali ada acara di Singapura, mesti ada yang minta saya azan. Sejujurnya memang saya selesa untuk melaungkan azan kerana sekurang-kurangnya kerinduan saya pada azan di Makkah dan Madinah terubat.

Klik untuk gambar besar


"Saya dah buat umrah lebih empat hingga lima kali, jadi bila dengar saja azan di tanah suci sebagai pemuzik alunan azan itu akan meresap. Bila saya azan, pada masa sama kita akan dapat pahala jadi tak rugi pun," katanya.

Ditanya sama ada dia pernah bersekolah agama yang khusus, Hady menjelaskan dia banyak memperlajari ilmu agama daripada rakan-rakan ustaznya: "Ilmu agama itu tidaklah banyak, saya biasa-biasa saja. Cuma saya banyak berkawan dan bercampur dengan ustaz-ustaz.

"Adalah belajar sikit, kalau kita mengaji tu tahulah taranum atau dengung tu dekat mana. Sebagai pemuzik, kita boleh tiru satu-satu nada tu. Saya tiru azan di Makkah dan Madinah tidaklah sempurna mana tapi saya akan kasi sehabis baik. Takkan menyanyi boleh buat bagus, azan tak boleh kasi 100 peratus kan?," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hady Mirza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: