05 February 2020

AWAL MAHU ISU JANTINA DITAMATKAN - PU AMIN MINTA SAJAT MOHON MAAF TERBUKA


Isu kontroversi berkaitan kecelaruan jantina yang kini sudah menjadi isu negara, pelakon dan pengacara, Awal Ashaari meminta pihak berkuasa supaya melakukan satu tindakan untuk menamatkannya. Awal menerusi Instagram Story tidak menyebut sebarang nama, namun menegur secara umum mengenai isu itu.





Namun, difahamkan ia berkaitan dengan tindakan usahawan kosmetik dan penyanyi, Sajat mengenakan pakaian jemaah wanita di Makkah ketika mengerjakan umrah sehingga tular di media sosial hingga mengundang kontroversi.

"Isu jantina pun sudah menjadi isu negara. Orang yang membuat kontroversi senyum, satu Malaysia bercakap mengenai dia. Lagi banyak orang komen, lagi banyak orang cari. Lagi banyak orang pertikai, lagi tinggi saham dia.

"Kita perlu hentikan perkara ini. Semua benda yang dia buat menjadi isu negara dan bukannya dalam aspek yang positif. Mungkin Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) boleh tolong selesaikan isu ini juga. Dulu sudah jadi isu sekali dan Jakim panggil buat pertemuan, tapi tak tahu apa keputusannya. Ini pergi umrah dan jadi isu lagi. Esok lusa, kalau dia kahwin pula akan jadi lagi?" tulisnya.

Tidak berat sebelah, Awal juga melihat dari sudut pandang individu yang dikaitkan dengan isu ini. Jadi, apa kata kita tolong selesaikan isu ini supaya rakyat Malaysia tidaklah terkejut dengan semua tindak tanduk dia. Kasihan juga kalau betul dia istimewa seperti yang dia katakan.

Klik untuk gambar besar


"Saya bukan nak sibuk, tapi saya penat apabila baca surat khabar, ada benda-benda yang kurang ilmiah dan mungkin tak timbul isu sekiranya ia hanya berkaitan jantinanya. Namun, isu ini menjadi kecoh kerana membabitkan agama Islam dan Tanah Suci Makkah," katanya.

Sementara itu, pencetus Ummah (PU) Amin telah menyuarakan pendapatnya yang menginginkan permohonan maaf secara terbuka daripada Sajat. Jelas Amin tindakan itu penting bagi menjaga imej konsulat, rakyat dan jemaah Malaysia di Arab Saudi.

"Sajat dan kawan kawan perlu minta maaf secara terbuka pada rakyat Malaysia. Perkara ini penting bagi menjaga imej konsulat, rakyat dan jemaah Malaysia di Arab Saudi.Secara yakin, kita rakyat Malaysia setuju untuk membimbing golongan lembut dan pondan pada jalan kebaikan.

"Namun, tindakan menceroboh masuk kawasan solat wanita masjid Alharam dan masjid Nabawi tidak boleh diterima rakyat Malaysia dan ummat Islam sedunia seluruhnya," tulisnya di Facebook miliknya.



Dalam pada itu, Amin atau nama penuhnya Mohammad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 30, berkata Sajat dan kawan-kawannya perlu mendedahkan jantina sebenar bagi mengelakkan salah faham: "Sajat dan kawan-kawan perlu memaklumkan identiti mereka pada umum, jelaskan jantina sebenar supaya tidak berlaku salah faham dan tuduh menuduh dalam netizen. Jika laki kata laki. Jika wanita buktikan wanita.

"Kita semua sudi dan sedia untuk buat satu program umrah dan kursus umrah khusus di Malaysia buat semua golongan pondan maknyah di Malaysia. Semoga Allah memelihara dan menjaga nama baik Malaysia di Arab Saudi. Semoga urusan umrah akan datang mudah dan senang. Semoga Sajat dan kawan-kawan lembut hati dan cepat cepat ambil tanggungjawab untuk mohon maaf.

"Kita amat malu dengan tindakan Sajat dan kawan-kawan. Saya sangka baik dia tidak sengaja dan akan segera betulkan keadaan. Jika sebaliknya, pada Allah kita berserah. Kita semua melakukan kesilapan, pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. Insya-Allah, Allah dan Rasul lebih mengetahui," tulisnya lagi.

Sejak pagi Ahad, kecoh di sosial media apabila Sajat mengenakan pakaian wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya. Situasi itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang cuba membongkar pelbagai identiti sebenar Sajat.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: