17 February 2020

"BUKAN MERATAP... KONGSI KENANGAN DENGAN ARWAH SEBAB KAMI RINDU....." - FAD


"Kami bukan merintih atau meratap, malah tak paksa blog atau mana-mana media untuk memuat naik sebarang entri mengenai apa yang kami kongsikan. Kalau mereka kongsi bermakna mereka turut merindui akan kenangan dengan arwah. Kami kongsi kenangan dengan arwah pun sebab kami rindu. Kalau tak suka boleh sekat atau 'unfollow' kami.





"Lagi elok daripada dapat dosa sia-sia. Saya tiada niat marah atau benci. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah," demikianlah tulis pelawak Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 29, di ruangan komen Instagram Pencetus Ummah (PU) Azman, kelmarin.

Fad menafikan dia dan sahabatnya, Achey Bocey merintih atau meratap dengan kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan secara mengejutkan pada Isnin lalu (10 Februari 2020) akibat demam panas. Fad menerusi jawapan balas yang diberikan di Instagram berkata, dia tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk berkongsi sebarang entri yang dimuatnaiknya.

Klik untuk gambar besar


Jelas Fad, dia hanya sekadar berkongsi kenangan kerana rindu dengan arwah: "Terima kasih Cik Man, tak apa diorang ada pendapat masing-masing. Kami bukan merintih, bukan meratap, kami tak mintak dan tak paksa blog atau mana mana-mana media post tentang apa yang kami post. Kalau mereka kongsi bermaksud mereka pun rindu akan kenangan dengan Allahyarham. Kami kongsi kenangan dengan arwah sebab kami rindu," tulisnya.

PU Azman sebelum ini tampil menjelaskan mengenai salah faham yang perlu diperbaiki mengenai perkongsian gambar arwah yang ada kalanya menjadi pertikaian sesetengah pihak. Tampil memberikan pencerahan, PU Azman berkata, perbuatan orang yang masih hidup tidak akan memberi kesan kepada individu sudah meninggal dunia.



"Ada budaya di kalangan masyarakat berbunyi, jangan post (muat naik) mengenai arwah banyak sangat, nanti arwah tak tenang di sana. Kenyataan di atas tidak betul sama sekali. Perbuatan orang hidup tidak bagi kesan langsung kepada orang mati dalam hal ini. Tiada masalah menceritakan kebaikan orang mati sebagai pengajaran dan semangat kepada yang hidup.

"Tiada masalah post foto kenangan yang sopan, tutup aurat sebagai melepas rindu. Hal ini tidak bermakna yang muat naik itu tidak reda. Reda atau tak, itu perbuatan hati. Kita orang luar tak boleh nak nilai.

"Bahkan jika yang hidup melakukan perbuatan yang dilarang iaitu meratap (melampau), juga tidak bagi kesan kepada si mati. Bahkan si pelaku yang masih hidup itu saja yang mendapat kesan dosa atau tidak," tulisnya.

Apa-apapun, tentu sekali Fad dan Achey terasa begitu sedih dengan pemergian arwah Abam kerana sekian lama bersama mengharungi segala suka dan duka. Kehilangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, cuma hati rapuh yang menangis.














www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, mStar, Instagram Fad Bocey & Achey Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: