17 February 2020

EYRA UMUM HAMIL: "SEBELUM INI MENIDAKKAN... KERANA TERLALU AWAL....."


"Alhamdulillah syukur kepada Allah atas rezeki ini. Eyra minta maaf terpaksa tolak tawaran berlakon, acara dan temu janji disebabkan kesihatan saya. Saya mengalami alahan yang teruk jadi terpaksa tolak untuk jaga kesihatan memandangkan ini kandungan pertama," ujar pelakon Eyra Hazali yang berkongsi berita gembira buat peminat apabila mengumumkan kini sedang berbadan dua, selepas ampir empat bulan berkahwin.





Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 21, menerusi InstaStory miliknya pada Ahad meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi. Menurutnya lagi, dia terpaksa menolak segala tawaran melibatkan aktiviti seni akibat mengalami alahan yang teruk dan perlu menjaga kandungan pertamanya.

Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 ini menjelaskan penafiannya tentang berita menganai kehamilannya baru-baru ini berikutan terlalu awal untuk diumumkan. Dia meminta peminat mendoakan proses kehamilannya berjalan lancar dan selamat: "Sebelum ini saya ada menidakkan saya mengandung, itu kerana terlalu awal untuk dedahkan dan nak pastikan kandungan kuat.

"Alhamdulillah, rezeki tak putus-putus tapi saya kena beritahu perkara sebenar supaya setiap produksi dan client faham keadaan saya dan sebab saya menolak. Saya harap semua dapat faham dan doakan saya dan Haziq," katanya.

Klik untuk gambar besar


Eyra turut berkongsi video dia membuat kejutan kepada suaminya yang juga Penjaga Gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli. Menerusi video yang dikongsikan, Eyra dan suaminya itu telah membuka sebuah kotak yang didakwa hadiah pemberian seseorang sempena perkahwinan mereka yang berlangsung tiga bulan lalu.

Bagaimanapun sebaik membuka kotak terbabit, ia mengandungi kit ujian kehamilan dan Haziq bertanya "Awak serius ke sayang"?. Pasangan itu kemudian berpelukan dan tidak dapat menahan air mata kegembiraan. Berita itu kemudian dikongsi dengan ahli keluarga melalui panggilan video. Rakaman terbabit turut dimuat naik Eyra menerusi saluran YouTube miliknya hari ini.

Sebelum ini, foto pelakon drama 'Puteri Yang Ditukar' itu sedang terlantar sakit yang dimuat naik suaminya pada Januari lalu meninggalkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang membuat andaian dia sedang hamil.

Bagaimanapun menerusi laporan sebelum ini, Eyra menafikan khabar angin dirinya kini sedang dan menjelaskan dia hanya mendapat rawatan di sebuah hospital baru-baru ini disebabkan mengalami dehidrasi dan tekanan darah tidak stabil. Untuk makluman, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.












www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Harian Metro & Instagram Eyra Hazali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: