17 February 2020

PUTERI SARAH LIYANA KEMBALI BERLAKON SELEPAS 6 TAHUN SEPI


Selepas enam tahun meninggalkan bidang lakonan, pelakon Puteri Sarah Liyana kini kembali berlakon dan mengakui suaminya yang juga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof meletakkan syarat tertentu sebelum memberi izin. Sarah bagaimanapun tidak menganggap itu sebagai bebanan kerana dia juga tahu status dan batasnya sebagai isteri.





"Saya dah kembali berlakon sejak Oktober tahun lalu. Setiap kali terima tawaran, saya akan tapis terlebih dahulu mengikut kesesuaian dan meminta pendapat suami. Dia meletakkan beberapa syarat kepada saya antaranya, tidak boleh ada babak bersentuhan dengan pelakon lelaki dan supaya saya sentiasa menjaga batasan sebagai isteri," katanya.

Sarah ketika ditemui di majlis pelancaran produk terbarunya, Shara Skincare berkata, suami tidak pernah menghalangnya berlakon: "Dia tak pernah halang pun. Saya sendiri yang pilih untuk berhenti seketika memandangkan sudah berumah tangga dan ada anak.

Klik untuk gambar besar


"Saya sendiri pun sebelum ini ketika menjalani penggambaran telefilem Wasiat Untuk Halina pada tahun lalu, sentiasa berulang alik dari set penggambaran di Tanjung Karang ke rumah kerana tak mahu tinggalkan anak lama-lama.

"Ketika saya berada di set, suami saya kerap kali menghubungi bertanya sama ada saya dah makan atau belum dan jam berapa saya akan bertolak pulang," jelas Sarah yang akan menjalani penggambaran untuk telefilem dan penggambarannya akan berlangsung di Taman Negara Pahang selama lima hari.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Puteri Sarah Liyana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: