12 February 2020

"BUKAN SOAL KALAH MENANG..." - AZWAN ALI MOHON MAAF TERBUKA, PADAM VIDEO


"Bersaksikan peguam saya, Encik Mohamad Fu'ad Zainal Abidin dan seluruh rakan-rakan media yang hadir yang membuat liputan Diva AA tujukan video ini kepada DSV, Datuk Seri Vida, Cik B anak dia dengan ini pada pukul 6 petang, 11 Februari 2020 hari selasa bertempat di Putrajaya Marriot disaksikan beribu-ribu rakyat jelata.





"Dengan ini Diva AA tersohor memohon maaf tapi harus saya ingatkan permohonan maaf ini dibuat setelah mengkaji perkara ini bersama peguam saya. Ini bukan soal kalah menang. Sekali lagi saya ulangi saya mohon maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat sebagaimana dituntut harus dibuat dalam masa 48 jam.

"Semua video yang saya rakamkan saya ulangi saya tidak menyebut nama sesiapa tetapi saya menghormati segala pertuduhan dan kecaman daripada DSV bahawa dia terkilan, tersinggung, sentap atau bahasa lain sampai dia tidak boleh tidur dan sebagainya.

"Jadi tak perlu sebutlah cerita-cerita yang sudah terjadi sebab bercakap mengenai video yang saya keluarkan kerana saya tak sebut siapa gerangan yang saya kecam atau saya maki. Terpulang kepada dunia untuk melihat kes ini tapi pada saya, saya sudah memohon maaf dan betul kenyataan tersebut berbaur fitnah dan saya buat pengakuan tarik balik.

"Permohonan maaf ini menyeluruh dan kita tidak akan ulangi apa-apa sahaja isu yang berkaitan dengan kes ini," demikian tutur pelakon dan pengacara Azwan atau lebih sinonim gelaran Diva AA dalam satu sidang media yang diadakan di Marriot Hotel, Putrajaya pada petang Selasa, berhubung konflik membabitkan dirinya dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) yang menjadi perbualan hangat kalangan netizen.

Klik untuk gambar besar


Azwan turut memaklumkan permohonan maaf dibuat secara terbuka kerana tidak mahu perkara ini berlarutan dan berpanjangangan. Malah, Azwan juga mengharapkan agar netizen berhenti memberikan kecaman dan komen negatif berhubung isu ini terhadap dirinya. Di samping itu, Azwan juga telah memadam seluruh Twit dan rakaman video yang membabitkan DSV dan Cik B di laman media sosial Twitter ketika sidang media berlaku.

Terdahulu menerusi satu sidang media khas yang dilakukan oleh Vida, Azwan Ali diberi tempoh 48 jam mulai semalam untuk membuat permohonan maaf selepas menyebarkan kata-kata kebencian selain mengeluarkan kata-kata kesat terhadap diri serta anggota keluarganya yang lain.

Dalam masa sama, Azwan berkata dia dengan rela hati membuat permohonan maaf meskipun rakaman video dan status yang dimuat naik di laman sosial itu tidak menyebut nama mana-mana pihak. Video yang dimuatnaik tidak menyebut nama sesiapa, tapi saya hormati pendirian DSV yang kata dia tersentap dan tersinggung.

"Saya kira isu ini sudah selesai, terpulanglah pada dunia nak melihat kes ini... saya juga akan padam semua status dan video itu di depan wartawan harini. Jika dia kata status yang saya tulis itu berbaur fitnah dan boleh menjejaskan bisnes... saya terima dan tarik balik!," katanya.



Ditanya adakah dia bersedia untuk bersemuka dengan usahawan tersebut, Azwan berkata dia menantikan peluang tersebut: "Saya tiada masalah, kalau dia nak jumpa secara terbuka, saya okay sahaja, lebih baik bertemu depan-depan. Malah, kalau ada usahasama bisnes selepas ini pun kita terima sahaja, berdamai tu kan lebih baik!," ujarnya.

Sementara itu, anak kepada Vida iaitu Cik B, sejujurnya akui dia masih tidak menyangka kata-kata tersebut datang daripada seorang lelaki yang dia hormati. Malah jelas Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, dia mengenali Azwan Ali atau lebih popular sebagai Diva AA sebagai seorang yang sangat baik dan merendah diri.

"Saya seperti tidak percaya Uncle Azwan boleh katakan begitu kepada mama kerana dia sangat baik dan merendah diri. Namun apabila dia keluarkan kata-kata begitu, saya tidak percaya itu diri dia. Saya terkejut dan menyesal kerana saya minat dia. Saya tengok sekali sahaja video tersebut kerana tidak sanggup mendengar makian terhadap mama, saya sedih.

"Saya ingin berpesan kepada Uncle Azwan Ali supaya dia tidak lagi mengeluarkan kata-kata tidak elok. Saya berharap kita dapat selesaikan dengan cara baik dan tidak perlu saman menyaman. Saya harap Azwan dapat memohon maaf supaya semuanya selesai," jelasnya.



Gadis ini turut mempersoalkan tindakan Diva AA yang didakwa mempersenda kematian dua abangnya dalam tragedi kebakaran serta mengaitkan anggota keluarga dalam pertelingkahan bersama ibunya: 'Saya tertanya-tanya mengapa dia perlu katakan begitu kepada arwah abang saya? Mereka sudah meninggal dunia dan tiada salah pun dengan Uncle Azwan Ali.

"Dia bukan sahaja memaki mama, namun kepada saya juga. Pada mulanya dia hanya memaki mama namun selepas saya melayangkan status di Twitter, di mula menyerang saya pula. Saya hanya menganggap ia sebagai gurauan, namun tidak sangka menjadi begini," katanya sejurus sidang media yang dianjurkan ibunya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengambil pendekatan positif dan tidak mahu tenggelam dalam emosi, usahawan muda ini menambah, ibunya perlu diberi sokongan kuat daripada segi mental dan emosi. Sebab itulah, Cik B dilihat sering berseloroh dengan gurauan demi memujuk ibunda tercinta: "Walaupun saya nampak bersahaja, namun sejujurnya saya sedih melihat mama menangis, cuma saya tahan air mata. Saya malu menangis di hadapan orang.

"Saya memujuk mama dengan cara yang santai dan gurauan. Saya katakan apa sahaja kutukan itu sebenarnya berbalik kepada diri sendiri. Macam dia katakan mama gemuk, jadi saya balas, tidak perlu risau kerana Uncle Azwan pun gemuk juga (ketawa)," ulasnya lagi.








www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: