12 February 2020

DITAHAN KERANA DADAH - POLIS BINGUNG LUCINTA LOKAP LELAKI ATAU WANITA


Baru-baru ini, penyanyi dangdut dan penari yang juga selebriti Indonesia, Lucinta Luna yang memiliki nama asal Muhammad Fatah telah ditahan polis Selasa lalu selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.





Namun polis Indonesia kini bingung sama ada mahu menempatkan penyanyi transgender berumur 30 tahun yang pernah berkolaborasi dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat menerusi lagu 'Bobo Di Mana' itu di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.

"Sel (lokap) perempuan atau laki (lelaki), kami belum (memastikan), penahanan masih di ruang penyelidikan (bilik siasatan)," kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun.

Detiknews melaporkan bahawa ia selepas ujian saringan air kencing ketika dia ditahan di kediamannya di Thamrin City, Jakarta Pusat. Selain, Lucinta Luna atau LL, tiga individu lain ditahan termasuk kekasih Lucinta Luna bernama Abash. Bagaimanapun, polis turut mengesahkan Abash sebenarnya perempuan bernama Diah Ayu Ashari alias Abash: "Jika di dalam kad pengenalan, dia (Abash) adalah perempuan," katanya.

Sementara itu, BERNAMA memetik laporan media tempatan berkata, Lucinta ditahan di apartmennya pada 1.30 pagi Selasa. Selebriti itu ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan pasangan suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil ekstasi di apartmennya. Sehingga hari ini, Lucinta masih disoal siasat polis Metro Jakarta Barat.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: