09 February 2020

CEDERA MUKA, PATAH GIGI - PUNCA EZANY NIZARIFF PILIH TAWARAN LAKONAN


Sudah lama kita tidak mendengar nama atau melihat pelakon Ezany Nizariff di kaca televisyen. Terdahulu, isu perkahwinan Ezany menjadi perhatian apabila pelakon itu membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas mendakwa bekas isterinya, Lizda Nuryanti dilarikan seorang lelaki pada 2014.





Pada 11 April 2016, Mahkamah Rendah Syariah Petaling mensabitkan Lizda Nuryanti atas tuduhan nusyuz (ingkar kepada suami). Terkini, Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @ Mohd Zohri Mohd Nizariff, 47, mendedahkan pernah jatuh hingga mengakibatkan muka cedera dan dua batang giginya patah. Ezany berkata, kecederaan itu membuatkannya memilih menerima tawaran lakonan.

"Saya jatuh dalam bilik air hingga menyebabkan kecederaan pada muka dan patah dua batang gigi kira-kira dua tahun lalu. Doktor mengatakan saya terlalu penat, tak cukup tidur dan makan tidak menentu. Mana tidaknya, saya terlalu sibuk dengan penggambaran drama hingga tiada masa berehat.

"Disebabkan itu, saya tidak lagi mengejar nak berlakon, saya fikir sampai bila nak begitu? Mulai daripada kejadian itu, saya memilih. Saya tidak bermaksud mahu berhenti berlakon, cuma saya lebih memilih tawaran yang bersesuaian mengikut masa saya. Kali terakhir, saya membintangi sebuah telefilem, tahun lalu," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Ezany ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan, MS Skinz yang diusahakannya sejak April tahun lalu, di sebuah hotel, semalam. Pelakon kelahiran Kangar, Perlis itu turut berniaga belacan, kicap, bidang percetakan dan beberapa rangkaian perniagaan lain.

"Perniagaan juga antara sebab kenapa kurang berlakon kerana saya sibuk menguruskannya. Alhamdullillah, belum sampai setahun, MS Skinz mendapat sokongan yang positif dari orang ramai," katanya.

Mengulas statusnya, Ezany berkata, dia masih hidup solo. Mahu buat macam mana, belum ada jodoh. Berkawan adalah, tetapi belum sampai tahap serius: "Saya masih mencari jodoh yang betul-betul sesuai. Sebabnya, saya masih trauma dengan kisah dahulu yang sangat tragis, tetapi saya tidak pernah berkongsi dengan sesiapa.

"Kalau orang tahu pun mungkin akan trauma macam saya. Itu salah satu sebab saya masih solo," ujar Ezany yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Lizda Nuryanti pada 1 Julai 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan Harraz dan Hayden Harraz.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: