09 February 2020

"SAYA TAK LEPAS DARI DOSA..." - SAJAT NAFI DITAHAN, TAMPIL MOHON MAAF


"Sepanjang berada di kota suci itu, segala cerita tentang saya adalah tidak benar dan saya tenang sahaja di sana. Saya di sana tak main telefon kerana banyak fokus amal ibadat, memang tak nak tengok... kita di rumah Allah, jadi saya sangat teruja dan nampak berpuluh juta manusia berlari buat ibadah, tak ada masa nak tahu cerita di media sosial.





"Saya tak pandang kiri dan kanan, hanya nak luangkan masa dengan Allah... Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, dari awal sampai akhir tak sangka dipermudahkan sebegitu," jelas usahawan kosmetik, Sajat yang menafikan dakwaan dirinya ditahan pihak berkuasa Arab Saudi susulan kontroversi berpakaian wanita ketika menunaikan umrah.

Menurut Sajat, 35, berita yang tersebar itu adalah tidak benar dan sepanjang berada di Kota Makkah dia menjalani ibadah tersebut dengan tenang tanpa gangguan mana-mana pihak. Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah umrah semasa ditemubual oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri. Rakaman temubual itu di muat naik di laman Youtube Aliff Syukri Terlajak Laris pada Sabtu.

Ditanya perasaannya sebelum berangkat ke tanah suci itu, Sajat mengakui timbul rasa bimbang dan gementar. Bagaimanapun, setelah menerima nasihat daripada mutawif yang dilantik agensi umrah Albayt Travel, dia berkeyakinan untuk meneruskan niatnya menunaikan ibadah tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Pada awalnya saya fikir pelbagai dugaan, saya tertanya betul ke aku nak pergi ni... macam-macam fikir tapi selepas dapat nasihat mutawif dia menenangkan hati saya. Mutawif kami Ustaz Zul saya kenal dari agensi itu dan dia tak pandang rendah pada saya dan banyak bagi nasihat. Alhamdulillah tak ada dugaan, bila sampai sana rasa bersyukur sampaikan saya menangis," katanya.

Dalam pada itu, Sajat berkata kedua ibu bapanya yang turut serta dalam rombongan tersebut bersikap tenang dan tidak ambil pusing dengan kecaman netizen: "Kami dekat sana keluarga semua tenang sahaja, emak saya tak rasa apa-apa. Syukur, mereka pun tak buka internet jadi tak ada rasa gelabah.

"Dalam banyak-banyak travel, inilah yang memberikan 1001 kenangan untuk saya, sangat teruja dan apa yang tengok di sana semua cerita ada dalam Al-Quran. Saya tak lepas dari dosa dan salah, saya tahu walaupun ramai orang tak suka dan hina saya tapi dekat sana saya dapat keinsafan untuk dekatkan diri dengan Allah dan agama," ujarnya.



Sementara itu, menerusi Instagram Aliff Syukri, Sajat dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata dan memohon maaf kepada semua pihak. Menurut Sajat, dia tidak mempunyai niat lain untuk ke Makkah selain belajar dan memberi fokus untuk beribadah.

"Saya minta maaf kepada semua jabatan-jabatan, mufti-mufti, ustaz, PU atau sesiapa sahaja alim ulama. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak ada tujuan apa-apa… Apa pun saya cakap saya dipermudahkan (ketika berada di sana).

"Saya minta maaf bagi pihak mak ayah saya, anak saya rakan-rakan saya, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak boleh nak cakap apa lagi, lagi saya cakap nanti saya lagi dipersalahkan juga… Saya minta maaf," tuturnya.



Dalam pada itu, Sajat juga mengakui dirinya merupakan seorang yang jahil tentang agama: "Walaupun saya rakan dan sahabat datuk namun... Saya dulu memang kurang agama tentang Islam. Sebab tu bila saya pergi sana saya cuba nak dapatkan...

"Saya cuma nak belajar, nak dekatkan diri dengan Islam. Saya dah banyak mencari harta duniawi saya tak ada harta akhirat. Kadang-kadang bila jadi macam ni, saya terfikir apa yang mereka nak, menghukum saya sampai macam ni," jelasnya.

Isu Sajat dilihat berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan ibadah tersebut mengundang kecaman netizen sejak minggu lalu. Tindakannya itu ternyata mengundang kemarahan netizen yang rata-ratanya menyifatkan ia sesuatu penghinaan yang dibuat terhadap umat Islam.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak, Instagram Aliff Syukri & Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: