09 February 2020

HILANG SUARA - AWAL ASHAARI HARAP PULIH, DAPAT HOSKAN AJL34


"Harap sangat dapat balik suara bila bangun nanti. Sepatutnya kena rehat sepanjang malam tapi sesi latihan habis jam 1.30 pagi. Tak pernah saya rasa tak berguna sewaktu melakukan sesuatu yang saya suka. Tetapi sewaktu latihan tadi sangat…





"Tak boleh boleh nak bayangkan saya tak kasi seratus peratus usaha kepada Sherry dan Haziq. Harapnya malam ini segalanya akan jadi lebih baik. Insha-Allah," demikian tulis pelakon dan pengacara Awal Ashari yang bimbang tentang keadaan dengan kondisi dirinya yang berdepan dengan dugaan hilang suara menjelang Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) malam ini.

Awal berkongsi perkara tersebut menerusi ruangan Insta Story di akaun Instagramnya malam tadi. Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, Awal menyatakan suaranya semakin baik selepas mendapatkan rawatan doktor.

Klik untuk gambar besar


"Suara macam dah ada sikit, masih batuk. Terima kasih kepada Datin Marliah dan Datuk M.Nasir sebab arrange kan personal doktor untuk memperbaiki suara saya, jadi harap-harap hari ini akan jadi lebih baik," ujarnya menerusi Insta Story hari ini.

Terdahulu, Awal Ashaari merupakan hos AJL34 dan program tersebut akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil malam ini.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Awal Ashaari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: