04 February 2020

CUBA ELAK DIKAIT IMEJ SEKSI - KILAFAIRY MAHU JADI LEBIH BAIK


Pelakon dan penyanyi Kilafairy yang pernah digelar 'Angelina Jolie Malaysia' itu cukup dikenali dengan imejnya yang seksi. Namun, pengikut Instagram (IG) anak kepada penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil ini mula perasan imej gadis ini berbeza sebaik 2020 membuka tirai.





Dalam masa sama, Kilafairy ingin menjadikan lembaran 2020 ini sebagai tahun yang segar dan bersih buat dirinya. Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan berkata, dia juga perlahan-lahan ingin mengikis imej seksi yang cukup sinonim dengannya.

Komen seperti 'Kilafairy dah tak seksi' dan 'imej sudah sopan' dilihat dikongsi pengikutnya. Ada juga yang mengandaikan Kilafairy berubah kerana bakal melangkah ke alam perkahwinan dengan kekasihnya, Sa'aid Umar Aiman.

Bertanya Kilafairy mengenai perkara itu, gadis ini mengaku dirinya makin matang: "Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan diri... Ia seperti isyarat atau 'panggilan' kepada diri sendiri. Dalam hidup ini, kita sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan memperbaiki diri.

Klik untuk gambar besar


"Ia suatu proses... Insya-Allah. Berkat doa ibu bapa... Sempena tahun baharu 2020, saya mulakan sesuatu yang segar dan bersih. Saya mahu cuba elak dan tak mahu lagi orang di luar sana terus melihat dan kaitkan saya dengan imej seksi," katanya.

Selain mahu lari daripada pandangan ramai mengenai tubuhnya yang dikatakan seksi, Kilafairy berkata, dia juga turut mahu memberi tumpuan kepada karier seni dan produk makanan tambahan, 'Kilafit' yang diusahakannya.

Tambahnya lagi, dia ingin menjadi insan lebih baik dan sebenarnya sudah menjaga penampilan diri sejak beberapa bulan lalu: "Saya nak jadi insan lebih baik berbanding sebelum ini dan sudah tujuh bulan saya menjaga penampilan diri. Saya sedar usia pun bukan makin muda," jelasnya.

Kilafairy berkata, ketika ini, bukan soal kecantikan luaran sahaja diberi perhatian, malah dalaman: "Mendengar berita orang sakit dan meninggal dunia tanpa mengira usia menyedarkan saya. Melalui perniagaan yang diusahakan, saya dapat menitikberatkan soal kesihatan dalaman selain mengajak peminat menjana pendapatan," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Harian Metro & Instagram Kilafairy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: