04 February 2020

UMRAH MAC INI - NORA MAHU ANAK LIHAT KAABAH DARI KECIL LAGI


"InShaaAllah.. Dengan rezeki, peluang & kelapangan yg diberikan. Utk umrah Mac nanti saya akan menbawa anak saya utk menjadi TETAMU ALLAH. Biarlah mereka berpeluang melihat kaabah dari kecil lagi. Moga Allah permudahkan urusan kami," kata penyanyi Nora Ariffin yang bakal membawa anaknya bersama-sama mengerjakan umrah pada Mac depan.





Menerusi entri tersebut, Nora yang baru sahaja menunaikan umrah pada bulan lalu itu telah memuatnaik foto bersama anak bongsunya. Menurut Nora, dia mahu anaknya berpeluang melihat Kaabah dari kecil lagi.

Terdahulu, Nora berdepan episod duka apabila anak keduanya, Muhammad Syakir Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember lalu pada usia 20 tahun. Pemergian anaknya secara mengejut itu berlaku selepas dua tahun kematian suaminya, komposer Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nora Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: