05 February 2020

HASIL SIASATAN MUFTI DI JPN - NUR SAJAT SAH LELAKI


"JPN sahkan lelaki, wajib tunai umrah ikut jantina asal," demikian kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai status jantina Sajat yang disahkan sebagai seorang lelaki.

Dr Zulkifli Mohamad berkata demikian apabila dia sendiri bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam bagi mengetahui tentang status jantina Sajat yang menjadi tanda-tanya ramai pihak.





"Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman.

"Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam hal ni, pindaan jantina turut ‘tidak dibenarkan’ kecuali mendapat perintah mahkamah. Sehubungan itu, adalah wajib bagi seorang transgender menunaikan umrah mengguna jantina asalnya.

"Maka pendirian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berkenaan jantina beliau adalah berdasarkan apa yang tertera dalam daftar kad pengenalannya dan sijil kelahirannya.

Klik untuk gambar besar


"Justeru, segala hukum hakam ibadat hendaklah diikut secara lelaki. Walaupun umrahnya sah jika mematuhi rukun umrah, perbuatannya tetap haram dan dikira berdosa. Malah dia boleh dikenakan dam (denda) kerana melanggar umrah wajib," tambah Dr Zulkifli Mohamad bagi menjelaskan kekeliruan yang wujud.

Sementara itu, semalam agensi pelancongan yang membawa Nur Sajat mengerjakan umrah mengesahkan bahawa rombongan usahawan kosmetik itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.

Namun begitu, Pencetus Ummah (PU) Amin yang kini berada di Tanah Suci sebagai mutawif memberitahu beberapa jemaah memaklumkan yang mereka masih terserempak dengan Sajat yang lengkap bertudung ketika melakukan ibadah Saei.

Malah sekeping foto juga tular memaparkan Sajat yang sedang khusyuk berdoa di depan pintu multazam.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: