11 February 2020

DATUK VIDA SAMAN MALU, TUNTUT AZWAN ALI MOHON MAAF TERBUKA


Sebelum ini, pengacara dan pelakon Azwan Ali telah menghina kematian dua anak usahawan kosmetik, Datuk Seti Vida dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu. Dek kerana itu, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman, mengemukakan saman malu terhadap Azwan Ali menerusi satu sidang media tergempar yang diadakan pada Isnin di Kuala Lumpur.





Malah, dia turut didakwa melakukan 'body shaming' anak perempuannya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih dikenali Cik B, secara terbuka dengan kata-kata kesat sehingga mengganggu emosi dan dianggap sebagai perbuatan yang cukup tidak sensitif.

Datuk Seri Vida turut menjelaskan perbuatan Azwan berkongsi sepotong video sedang membakar minyak wangi dan selendang pemberiannya merupakan satu penghinaan dan tindakan biadap: "Sebagai seorang ibu tentu akan faham betapa azab, derita dan kecewa apabila berlaku begini. Saya kena cekal tetapi dia menghina arwah anak saya dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Apabila dia berbuat begitu, memang satu kebiadapan yang luar biasa. Bukan sekali tapi berkali-kali dia memuat naik benda yang sama. Akhirnya saya kena ambil tindakan kepada mereka yang kurang ajar begini, tidak berperikemanusiaan dan tidak merasa sakit kehilangan orang tersayang itu bagaimana. Saya menangis sehingga darah tinggi, murung dan tertekan namun mujurlah saya tetap tenang.

Klik untuk gambar besar


"Saya kemukakan saman malu terhadap Azwan kerana dia telah menyentuh isu sensitif yang berkaitan dengan fizikal anak saya Cik B dan tragedi hitam yang berlaku pada kedua-dua anak lelaki saya, saya tidak akan berdiam diri. Walaupun keadaan fizikal anak saya sebegitu sekalipun, tiada siapa berhak untuk mencela fizikal orang lain," jelasnya ketika sidang media.

Kata Vida lagi, Islam juga tidak mengajar kita untuk menghina dan mencaci fizikal orang lain kerana setiap tindakan buruk yang dibuat akan ditanya di akhirat kelak. Mengakui kesal, Vida berkata Azwan boleh sahaja berjumpa dengannya untuk berbincang mencari penyelesaian, namun dia memilih untuk memuatnaik video sedemikian sehingga memaksanya membuat tuntutan undang-undang tersebut.

"Kita akan keluarkan surat tuntutan 48 jam untuk dia turun content dan buat video kata-katanya itu tidak benar. Ini barulah notis awal. Selepas 48 jam tak ada tindakan barulah kita failkan tindakan saman kerana kenyataan itu.



"Kenyataan berbaur penghinaan itu amat memberi kesan kepada psikologi yang sangat mendalam kepada anak guam saya. Kita kena tunjuk tindakan saman supaya dia tak sewenang-wenangnya guna perkataan kesat. Kita perlu mendidik masyarakat," kata peguam Vida.

Menurut tuntutan saman malu berkenaan, Azwan Ali diminta membuat permohonan maaf secara terbuka atas segala penghinaan terhadap DSV dan anak-anaknya dalam masa 48 jam bermula petang Isnin di media sosial serta menandatangani perjanjian untuk menarik kembali kenyataan dan video yang dimuatnaik di laman sosial miliknya. Pada masa sama, Azwan turut digesa membuat aku janji untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang tidak benar itu.

Dalam pada itu, Datuk Seri Vida berkata dua arwah anaknya yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran kira-kira tujuh tahun lalu bukanlah kerana rentung tetapi lemas dengan asap api: "Mereka tak rentunglah, lemas asap je," tuturnya.



Dedah Vida lagi, kenyataan berbaur penghinaan itu menguris hatinya sebagai seorang ibu kehilangan dua anak dalam insiden penuh tragis: ""Kehilangan orang tercinta dalam keadaan penuh tragis apa anda akan rasa? Kalau setakat nak joke nak gurau tak pe. Tapi dikaitkan dengan cara kematian anak-anak saya yang dikatakan rentung seolah-olah itu balasan Tuhan atas dunia.

"Saya memang tak nak ingat memori tu, tak nak. Saya tak tengok pun anak saya dikafankan dan last muka (arwah) saya tak tengok sebab saya tak boleh hadap... tengok muka-muka anak yang dok main elok-elok tapi tiba-tiba dah tak ada," katanya pada sidang media saman malu terhadap Azwan Ali di Kuala Lumpur, petang Isnin.

Menurut Vida, video memperlihatkan tindakan Azwan membakar minyak wangi dan selendang pemberiannya turut memberi kesan kepada dirinya: "Bila saya tengok video tu dalam keadaan rumah terbakar dekat kawasan sampah, tak palah. Tapi rumah saya terbakar tu pun saya tak pergi dah. Tapi dikait-kaitkan. Sebagai seorang ibu tahulah dia punya azab, sakit... derita, kecewa.



"Saya anggap dalam industri ini kenal cekal, tegar tapi bab-bab menghina yang tak pernah berlaku sebelum ini tiba-tiba dikorek begini memang satu kebiadaban yang sangat luar biasa. Saya tak boleh diterima, tak boleh. Saya cuba nak gagah celik mata tapi tak boleh. Bukan sekali tapi dok berkali-kali upload benda yang sama," katanya.

Dalam masa sama, Vida berkata, pihaknya tidak menjemput Azwan membuat persembahan sewaktu karnival yang berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall pada 23 hingga 27 Januari lalu. Sebaliknya Azwan hadir kerana dijemput oleh salah seorang pengacara program itu tanpa pengetahuan pihaknya.

"Azwan pada ketika itu merupakan salah seorang usahawan yang menyertai karnival tersebut sebagai vendor. Oleh itu, kami sebagai penganjur beranggapan dia naik ke pentas untuk buat promosi produk seperti vendor-vendor lain," katanya.

Jelasnya lagi, ia berbeza dengan penganjuran karnival sebelum itu yang berlangsung di Shah Alam pada 2019 yang mana Azwan sememangnya dijemput sebagai salah seorang artis yang membuat persembahan, dengan perjanjian tanpa bayaran. Malah menurut kenyataan itu, kata Vida, Azwan juga bersetuju dengan syarat tanpa bayaran dan hadir untuk memberi kejutan kepadanya.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: