11 February 2020

ZALEHA HAMID KINI TERLANTAR UZUR, MINUM MELALUI TIUB


Selepas diserang penyakit angin ahmar pada pertengahan Disember lalu, penyanyi veteran, Zaleha Hamid, 65, kini uzur dan hanya terlantar. Kemunculannya dalam program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim keenam (GV6) pada 22 Disember lalu adalah kali terakhir penyanyi yang pernah mendapat jolokan Ratu Dangdut itu berjalan, bertutur dan berseloroh.





Penyanyi lagu 'Dangdut Reggae' itu kini difahamkan semakin kurus dan wajahnya senget sebelah kanan hingga pertuturannya menjadi pelat. Mankala, kaki dan tangan kanannya pula kejang dan tidak bergerak. Wanita kelahiran Sungai Pinang, Pulau Pinang yang lebih lima dekad bergelar penghibur itu tidak mampu menjamah makanan, sebaliknya hanya diberikan susu melalui tiub.

Suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz, 55, berkata, keadaan isterinya semakin uzur apabila tidak boleh menjamah makanan sejak diserang penyakit angin ahmar kira-kira dua bulan lalu. Katanya, isterinya baru saja keluar hospital selepas lebih sebulan menerima rawatan dan terapi.

"Mama hanya diberikan minum susu melalui tiub. Buang air pun guna tiub. Saya pernah menyuapkan bubur, tetapi asyik tersedak-sedak. Air meleleh apabila diberikan minum menggunakan straw. Saya dinasihatkan doktor memberikan Mama susu rendah kalsium, tekaknya seperti tidak boleh menerima makanan," jelasnya yang kini tinggal di Skudai, Johor Bahru.

Ungku Sulaiman berkata, dia sudah melihat perubahan isteri pada hari kemunculannya dalam program GV6: "Mama merungut, kakinya lenguh apabila berjalan laju. Saya suruh berjalan perlahan-lahan. Ketika sedang bersolek, saya lihat kepalanya asyik senget ke sebelah kanan, tetapi Alhamdulillah, tiada reaksi seperti nak terkena serang angin ahmar. Perubahan ketara apabila bergurau atas pentas bersama pengacara, Nabil Ahmad. Gerak tubuh dan pertuturan seperti ada lain sikit," tuturnya.

Ungku Sulaiman berkata, tiada lagi wakil persatuan yang menziarahi isterinya serang terkena serangan angin ahmar: "Saya mengharapkan persatuan dapat menghulurkan sumbangan meringankan bebanan kami. Ubatan, pampers dan susu memerlukan perbelanjaan tinggi, tetapi kami kurang berkemampuan. Sejujurnya, kami anak beranak hidup seadanya, pendapatan saya pula tidak seberapa," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: