11 February 2020

GURAUAN TERAKHIR ABAM: "FAD, ACHEY KALAU AKU MATI TOLONG KEBUMIKAN AKU TAU"


Berita pemergian pelawak, Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Jeffrey bin Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey semalam telah menggemparkan industri seni tanah air yang sehingga kini masih sangat lagi dirasakan. Kesedihan itu turut dirasai oleh ahli keluarga, rakan-rakan artis serta para peminat di atas kehilangan insan hebat itu.





Perkongsian teman-teman dan sahabat handai di media sosial semakin banyak dengan cerita-cerita hebat seorang yang sangat baik dan berbudi bahasa ini. Menerusi laman Instagram, Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey yang tidak dapat menahan kesedihan itu telah berkongsi kisah ucapan hari lahir buat Abam yang disambut pada 19 Januari lalu.

Pada tarikh tersebut, Achey telah memuatnaik satu entri mengucapkan selamat hari lahir buat Abam Bocey: "Happy birthday Abam Bocik," tulis Achey pada entri 19 Januari itu yang merupakan sambutan ulang tahun ke 32 tahun.

Pada entri tersebut juga Abam turut menjawab dengan nada gurauan buat dua sahabatnya: "Hahahahahaha tq sahabat... Love u so much... Semoga kite kekal smp mati... @fadbocey @acheykintangkintung klu aku mati tolong kebumikan aku tau," tulis Abam.

Klik untuk gambar besar


Gurau tersebut sudah ditakdirkan menjadi kenyataan. Tiga minggu selepas hari lahirnya, semalam (10 Februari 2020) Allahyarham Abam meninggal dunia ketika usia 32 tahun selepas dua hari mengalami demam panas.

Menerusi perkongsian itu juga, Achey meluahkan rasa pilunya bahawa dia sudah pun menunaikan hasrat sahabat baiknya itu dan tidak menyangka gurauan tersebut menjadi kenyataan: "Telah Aku tunaikan bamm... walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan," tulis Achey pada entri tersebut.

Terdahulu, Achey berkata dia dan Fad bersedia untuk mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam Bocey secara percuma untuk membantu keluarga arwah.

Allahyarham Abam telah meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah Mohd Ali dan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan. Semoga roh Allahyarham di tempatkan Allah SWT bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Achey Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: