27 February 2020
DOAKAN ARWAH ASHRAF - IBU UCAP TERIMA KASIH
"Assalammualaikum, semua yang dikasihi. Keluarga Sinclair sudah pulang ke Malaysia untuk sementara.
"Kami bersyukur menerima kasih sayang untuk arwah Ashraf dan mohon doa Al Fatihah tidak terputus untuknya.
"InshaaAllah dengan izin Allah SWT, saya akan kerap ke Jakarta untuk bersama anak tersayang, Bunga dan cucu tersayang saya, Noah.
"Saya meyayangi kamu semua kerana sangat mencintai anak saya, arwah Ashraf," tulis ibu Allahyarham Ashraf, iaitu Khadijah yang mesra dengan sapaan Dida.
"Mari kita melakukan perbuatan baik di bumi supaya kita dapat bersama dengannya di Jannah. InshaaAllah. Al Fatihah. Amin," tambahnya di mana lebih 40,000 like diterima di IG.
Untuk info, Arwah Ashraf, 41 meninggal dunia akibat serangan jantung di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri iaitu pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment