26 February 2020
UPDATE FOTO 'FREEHAIR' LAGI - NETIZEN PERLI LIYANA JASMAY
Nampaknya pelakon Liyana Jasmay diliht kini semakin berani berkongsi gambar-gambarnya tanpa memakai tudung di media sosial miliknya. Bermula dengan TikTok yang dirakamkan, kini dia berkongsi pula gambar-gambar bersama Intan Ladyana ketika sedang bercuti di Gold Coast, Australia, tanpa mengenakan tudung.
Perkongsian gambar-gambar tersebut rata-ratanya mendapat kecaman daripada netizen yang menganggap dia tidak menghormati agama Islam. Liyana Jasmay mula mengambil keputusan bertudung pada akhir bulan Julai 2017. Dalam satu temu bual bersama wartawan hiburan, dia memberitahu bahawa dia nekad tampil dengan imej menutup aurat. Tambah Liyana, suaminya juga bersyukur dengan keputusan yang dibuat.
Pada peringkat awalnya, Liyana mengenakan tudung penuh tetapi lama-kelamaan cara dia memakai tudung berubah menampakkan leher dan ada ketika menampakkan telinganya. Kini Liyana Jasmay mengambil keputusan untuk membuka tudung sepenuhnya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment