26 February 2020

OGY KENANG PEMERGIAN IBU 15 TAHUN LALU: "SAYANG KAT MAK.. TERAMAT SAYANG"


Pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud menerusi laman Instagram telah memuatnaik satu entri mengenangkan pemergian ibu tercintanya, Datin Saadiah pulang ke Rahmatullah pada 26 Februari 2005. Pastinya tarikh tersebut tidak dapat dilupakan oleh Fauziah atau mesra disapa Kak Ogy.





Dalam satu entri di Instagram miliknya, Fauziah atau lebih mesra dipanggil Kak Ogy mencoretkan kenangan buat ibunda tercinta: "26hb Feb 2005 Mak Pergi. Pulang Kpd Ya Khaliq. Mak... Tenang, Aman, Berbahagialah Di sana Ya. Al Fatihah Buat Arwah Mak Allahyarhamah Hajjah Saadiah Baharom. Sayang Kat Mak.. Teramat Sayang," tulis Kak Ogy dengan rasa sayu.

Ramai teman selebriti dan peminat turut meninggalkan ucapan takziah dan Al-Fatihah di ruangan komen Instagram Kak Ogy. Walaupun sudah 15 tahun pemergian ibu, namun rasa kerinduan seorang anak pastinya tidak pernah luput.

Allahyarhamah Datin Saadiah atau nama sebenarnya Satya Baharom merupakan primadona filem Melayu dan sering digandingkan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Allahyarhamah meninggal dunia akibat kencing manis, dan meninggalkan tiga orang anak, Fauziah, Fazlina dan Faizal.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fauziah Ahmad Daud


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: