16 February 2020

ELFIRA LETAK SYARAT NAK PEGANG RAYYAN KENA SANITIZE DULU


Tidak menghalang peminat atau orang luar menyentuh anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia empat bulan, pelakon Elfira Loy, 26, bagaimanapun meletakkan syarat iaitu membersihkan tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh anaknya.





"Saya pun sukakan bayi akan rasa nak pegang kalau jumpa tetapi sebagai seorang ibu saya akan sediakan sanitizer. Jadi, nak pegang boleh tetapi kena 'sanitize' dulu. Tetapi saya tidak menghalang sesiapa menyentuh anak saya pun," katanya.

Tambah Elfira, Rayyan seorang anak yang sentiasa memudahkan kerjanya: "Hidup saya gembira dengan kehadiran Rayyan dan tak susah pun bawa dia bekerja tetapi perlulah tempat yang bersesuaian sahaja. Saya tak pernah tak tidur malam, Rayyan sangat menyenangkan.

"Dari berpantang lagi saya ajar dia bangun dua kali kemudian tidur balik. Itu sebablah saya senang bawa dia kemana-mana," tambah Elfira yang mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: