16 February 2020

MARK ADAM DEDAH DIHASUT KELUAR ISLAM: "MEREKA KELIRU, AGAMA APAKAH INI..."


"Apabila sudah masuk Islam pernah juga saya dihasut keluar Islam, antaranya kawan-kawan saya di kampung. Mereka keliru, agama apakah ini, kenapa masuk? Baliklah...," cerita penyanyi Mark Adam yang mengakui pernah dipersoal dan dihasut oleh individu tertentu untuk keluar dari agama Islam.





Kata Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam, 40, kenalannya di kampungnya di Filipina sering bertanyakan sebab dia memeluk Islam hampir 17 tahun lalu. Mark yang asalnya beragama Kristian itu juga mengakui pernah mengajak individu lain untuk memeluk agama Islam terutama ibunya, Florenda Macaraig Echivarre:

"Kawan-kawan, keluarga misalnya emak saya, pernah juga saya ajak untuk masuk Islam. Tetapi mak saya contohnya akan ada banyak pertanyaan, jadi saya tunggu terlebih dahulu," kongsi penyanyi lagu 'Marry Me' itu.

Pendedahan itu dikongsikan Mark dalam sesi soal jawab Pernah atau Tak Pernah yang dikongsikan di Instagram Salam Muslim. Dalam perkembangan sama, Mark muncul bersama pengarah Michael Ang dalam rancangan 'Mike & Mark Diari Mualaf'. Rancangan itu disiarkan setiap hari Khamis pukul 9 malam di saluran Naura 125.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mark Adam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: