16 February 2020

ANZALNA MASUK HOSPITAL: "RASA-RASA DAPAT GOOD NEWS OR BAD NEWS?"


"At emergency department. Booked hotel this weekend untuk relax kan diri tetapi rupanya kena relax kan diri di hospital. Rasa-rasa dapat good news or bad news? #PalingTakutDenganJarum. I'm still at the hospital and missing @mohamadeidrees so much!





"Dia nampak I jatuh depan dia semalam terkejut dia! Dari menangis terus tersenyap, mak dia pula sambung menangis! Can't stop scrolling my phone tengok video Eidrees," tutur pelakon Anzalna Nasir menerusi laman Instagram yang memaklumkan dirinya kini berada di hospital bagi menerima rawatan.

Anzalna bagaimanapun tidak menyatakan masalah kesihatan yang dialaminya. Melihat pada gambar yang dimuatnaik, Anzalna yang memakai topeng muka dan cermin mata itu sedang berbaring di atas katil hospital.

Untuk makluman, pelakon drama bersiri 'Memori Cinta Suraya' itu berkahwin dengan Hanif Zaki atau nama penuhnya Mohamad Hanif Mohamad Zaki pada 22 Februari 2016. Pasangan ini kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama 'Mohamad Eidrees' yang lahir pada 31 Mei 2019.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Anzalna Nasir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: