"Bukan saya berhenti tetapi hari ini (Jumaat) adalah hari terakhir bersama Mingguan Wanita, minggu depan tak ada lagi dah. Pagi esok (Sabtu) saya akan menjalani rawatan IVF. Saya nak semua doakan semoga impian saya termakbul," demikian kata pelakon, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin ketika siaran langsung di radio Sinar FM.

Elizad mengumumkan bakal berehat seketika daripada mengacarakan rancangan bual bicara Mingguan Wanita bermula Jumaat lalu. Hal itu demi menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) bermula pagi Sabtu. Elizad berharap agar dikurniakan cahaya mata tahun ini walaupun pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri.
Ketika pengumuman itu, rakan sekerja Elizad, Hefny Sahad turut sebak dan mendoakan yang terbaik untuk rawatan tersebut. Sebelum ini, Elizad seringkali menitiskan air mata apabila soal zuriat diutarakan kepadanya. Untuk makluman, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti Elizad
________________________

No comments:
Post a Comment