16 February 2020

"MACAM MANA MULUT-MULUT PUAKA DAH BLOCK BOLEH KOMEN..." - AISHAH


Juara Gegar Vaganza 4 (GV4), Aishah menerusi laman Instagram telah memuatnaik beberapa keluhan hatinya ekoran tersinggung dengan komen pedas netizen sejak Jumaat. Jelas Aishah, ruangan media sosialnya hanya untuk berkongsi rutin harian dan kerjayanya lantas memohon individu yang tidak berpuas hati dengannya segera beredar.





"Kalau ada yang tak senang membaca status I tak payah follow kerana IG I ini berkaitan dengan diri I, aktiviti I, muhasabah I tentang kehidupan sendiri. Semoga anda semua tenang dan bahagia dengan orang yang dikasihi. Boleh sesiapa beritahu saya macam mana mulut-mulut puaka yang I dah block masih boleh komen dalam IG I? Ajar sikit macam mana nak lupuskan mereka ini selama-lamanya?" soal Aishah.

Terdahulu, Aishah menyatakan ketidakpuasan hatinya berhubung kisah permintaan maaf yang diperlekehkan. Namun, Aishah tidak menyatakan secara khusus status berkenaan ditujukan kepada mana-mana pihak: "Begitulah sakitnya hati dan jiwa bila permintaan maaf seperti dipermainkan dan diperlekehkan. Rasa terhina kan... Makan dalam kan?" tulis Aishah pada Jumaat.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Aishah turut menyindir segelintir golongan yang gemar menayangkan kemewahan kepada umum dan sering melabelkan individu lain 'sengkek': "Kadang-kadang I am fascinated-lah dengan komen-komen netizens ni, kalau komen pun nak maki hamun, tak ada fakta sekadar nak sindir kata orang sengkek, tak ada job.

"Firstly, hina sangat ke orang yang tak kaya? Secondly, mana you tau kedudukan I macam mana? Jangan sangka hanya kerana seseorang itu tak menunjukkan kekayaan mereka yang mereka itu sengkek ok. Selalunya, dari pemerhatian I, golongan baru kaya ni memang kecoh lebih semua nak tunjuk. Ada orang yang I kenali, dah bergenerasi keluarganya dari kalangan berada relax je. Chill ok," pesan Aishah lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: