26 February 2020
"HAMBEKKKKK MANA MAK CIK BAWANG YANG SELALU DOK KUTUK CIK B" - DSV
Menerusi satu entri di laman Instagram, usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) memuatnaik satu foto dirinya bersama anak perempuannya, Cik B dan ia telah mencuri perhatian wargamaya apabila tampil sebagai penghias muka hadapan majalah Nona untuk edisi Mac 2020.
"Hambekkkkk mana mak cik bawang yang selalu dok kutuk @cikb_havoc66. Tengok gambar ni meroyan ke? Bernanah? Cik B cantik wey, sila hadam ye. Ko mampu? Cik B dah improve banyak berkat sokongan semua," tulis DSV menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi foto tersebut, Cik B mengenakan gaun mewah bewarna perak dan rambutnya dibiarkan jatuh melepasi bahu. Wajah Cik B turut jelita hasil solekan 'smokey' dan manis berlipstik merah jambu. Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya terpaku melihat penampilan Cik B dan memujinya.
"Terbaik Cik B! Salute dgn Cik B. Makcik bawang yang duk kutuk tu ada apa?” tanya seorang wargamaya. - "Wow untuk pertama kalinya Cik B tunjuk pada dunia kecantikkan yang lahir dari ibunya. You kill it girl!" puji seroang wargamaya.
"Cik B cantik dengan cara tersendiri. Siapa yang kutuk-kutuk sebelum ni, nahh! Kau ada ke apa yang Cik B ada?” kata seorang wargamaya. - "Sila hadam bawang-bawang sekalian! Siapa kata Cik B tak cantik. MELETOP kau pom pom pom!" tulis seorang wargamaya lagi mengenai foto tersebur yang sehingga kini telah menerima hampir 50,000 tanda suka.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Datuk Seri Vida & Cik B
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment