21 February 2020

LAHIR TANPA HEMPEDU - ANAK DAYANGKU INTAN MENINGGAL DUNIA SELEPAS PEMINDAHAN HATI


"Ya betul anak saya meninggal dunia pagi tadi," demikian kata penyanyi popular era 1990-an, Dayangku Intan yang mengesahkan anak perempuannya iaitu Wanku Intan Syarafana Rosman meninggal dunia kira-kira pukul 6 pagi Jumaat.





Dayang yang mempunyai empat anak dan seorang cucu itu turut meminta orang ramai mendoakan urusan anak ketiganya itu dipermudahkan. Allahyarham yang berusia 23 tahun itu mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan pemindahan hati pada minggu lalu.

Tambah Intan, jenazah akan dibawa ke Masjid Wilayah Jalan Duta dan dikebumikan selepas solat Jumaat. Berita duka itu turut dimaklumkan suami Dayang, Rosman Yahil menerusi kiriman WhatsApp kepada rakan artis

"Assalamualaikum. Saya Rosman Yahil beserta isteri Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid, ingin memaklumkan bahawa anak perempuan kesayangan kami iaitu Wanku intan Syarafana Rosman telah pulang ke rahmatullah pada 6 pagi hari ini. Insya-Allah, jenazah akan disempurnakan di Masjid Wilayah, Jalan Duta dan akan dikebumikan di Bukit Kiara," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Wanku Intan Syarafana yang juga anak ketiga Dayang dan suami itu dilahirkan tanpa hempedu iaitu Biliary Artresia dan mempunyai parut di hati. Terdahulu, Dayang memberitahu anaknya menjalani pembedahan pemindahan hati pada 5 Februari selepas terkena jangkitan bakteria yang berkemungkinan daripada kucing peliharaannya.

Sepanjang hayat, Wanku Intan terpaksa berulang alik ke hospital sejak kecil untuk menerima rawatan. Wanku Intan menjalani pemindahan hati yang didermakan oleh adiknya, Wanku Mohd Ruknuddean di Hospital Selayang, awal Februari lalu.

"Anak saya lahir tanpa hempedu (biliary atresia) penyakit ini sesuatu yang kami sudah jangka daripada dia kecil lagi. Tapi dia berjaya survive sampai umurnya 23 tahun... pemindahan hati itu dibuat selepas ada gangguan bakteria.

"Adik dia akan bertindak menjadi penderma hati," ujar penyanyi lagu 'Kita Insan Biasa' ini yang sebelum ini mendermakan buat pinggangnya kepada suami Rosman Yahil pada 28 September 2018.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Dayangku Intan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: