21 February 2020

"WALAUPUN 8 MINGGU... CUKUP MEMBAHAGIAKAN" - SHAHROL REDA ISTERI KEGUGURAN


Malam semalam, isteri kepada pelawak Shahrol Shiro, Nor Farhanah Syamimi telah mengalami keguguran dan sedang menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor. Shahrol ketika dihubungi berkata, sungguhpun berasa sedih di atas kehilangan cahaya mata keduanya itu, dia reda dengan ketentuan Allah SWT.





"Siapa tak sedihkan... Walaupun kandungan isteri baru memasuki usia lapan minggu tetapi sakitnya itu tetap terasa. Saya reda dan pastinya rencana daripada Allah itu adalah sebaik-baik rencana. Saya bersyukur isteri berada dalam keadaan sihat sekarang," katanya.

Terdahulu isteri Shahrol, Nor Farhanah atau lebih mesra dipanggil Anna telah memuat naik berita duka tersebut di akaun Instagram (IG)nya @anna_danisha: "Terima kasih ya Allah, untuk rezeki yang kau berikan. Walaupun hanya ada rezeki ianya berada dalam rahim selama lapan minggu pun, dah cukup membahagiakan," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Anna dia dan Shahrol ke hospital pada malam tadi (Rabu) dan hasil pemeriksaan doktor selepas diimbas, mendapati kantung bayi sudah keluar dari rahim: "Malam tadi ke Hospital Kluang doktor scan tengok semuanya dah keluar. Nasib baik tak kena cuci. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Terima kasih untuk suami, keluarga, mentua serta kawan-kawan yang banyak membantu. Terima kasih semua," jelasnya.

Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Iskandar Rizqi, 3 tahun. Selain Iskandar Rizqi, Shahrol memiliki seorang anak lelaki Muhd Adam Danish, 10, hasil perkahwinan pertamanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shahrol Shiro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: