26 February 2020
"KINI TENANGKAN DIRI... SELEPAS INI BANTU BAPA USAHAKAN PERNIAGAAN" - BALU ABAM
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, ketika ditemui media baru-baru ini di rumah ibu bapanya di Sabak Bernam itu memaklumkan dia kini sedang menenangkan diri serta menghormati tempoh edah.
Hidayah turut memberitahu selepas tempoh itu dia bakal menyara hidupnya dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery, 8 bulan dengan membantu perniagaan keluarganya menjual produk kesihatan. Keluarga Hidayah mengusahakan perniagaan produk kesihatan yang menggunakan bahan semula jadi seperti daun sukun serta herba.
"Saya kini hanya mahu berehat dan menenangkan diri demi menghormati tempoh edah selepas pemergian suami. Selepas ini, saya akan membantu serta bekerja dengan bapa saya yang kini mengusahakan perniagaan produk kesihatan. Untuk bekerja dengan orang atau syarikat lain itu mungkin belum terfikir lagi," jawabnya ringkas.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu Abam sendiri meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd. Ali untuk meninggalkan kerjayanya dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Pun begitu, Abam memberitahu dia sendiri akan membayar gaji isterinya untuk kegunaan peribadi isterinya tanpa termasuk keperluan nafkah lain.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
No comments:
Post a Comment