18 February 2020

"SAYU MENGENANGKAN DIA (CUCU) MEMBESAR TANPA AYAH" - AZIAN MAZWAN SAPUWAN


"Anak saya bernikah pada tahun lalu namun kami belum sempat mengadakan sebarang majlis. Sepatutnya, mengikut perancangan, pada bulan ini, kami mahu mengadakan majlis resepsi untuk meraikan perkahwinan Aqil. Tetapi, rencana Allah lebih hebat kerana dia sudah pulang ke rahmatullah terlebih dahulu.





"Sejujurnya, sehingga sekarang, saya sebak apabila terpandang wajah cucu," demikian kata penyanyi popular era 1980-an, Azian Mazwan Sapuwan yang mengakui sedih apabila melihat keadaan cucunya yang membesar tanpa bapa.

Anak keempat Azian, Mohamad Aqil Zulkarnain yang pergi pada 16 Disember tahun lalu meninggalkan seorang anak dan cucu: "Setiap kali saya melihat wajah si kecil itu, terbit perasaan sayu mengenangkan dia akan membesar tanpa kehadiran seorang bapa," kata Azian yang ditemui di majlis pelancaran busana Munawwareen 2020 baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


Tambah pelantun lagu 'Rumah Kecil Tiang Seribu' ini, dia masih terkenangkan pemergian arwah anaknya. Menurut Azian, pada awalnya dia sangat bersedih dengan pemergian arwah tetapi dia menguatkan hati demi anak-anak yang lain.

"Dua bulan telah berlalu, saya masih terkenang. Sesekali rindu itu datang... Untuk menghilangkan perasaan terbabit, saya melihat dan memeluk pakaian arwah. Pemergian arwah memang sangat mengejutkan kami sekeluarga. Pada awalnya, saya akui sukar untuk saya menerima kenyataan anak kesayangan sudah pergi dijemput Ilahi.

"Mula-mula, saya rasa sangat sedih tetapi saya teringat dengan pesan seorang ustaz, janganlah terlalu meratapi pemergian arwah. Bermula dari detik itu, saya mencuba perlahan-lahan untuk menguatkan diri. Saya harus kuat demi enam anak-anak yang lain," katanya lagi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azian Mazwan Sapuwan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: