19 February 2020

TERBABIT KEMALANGAN - LEE KWANG SOO PATAH PERGELANGAN KAKI KANAN


Menerusi kenyataan rasmi semalam, pelakon dan anggota Running Man, Lee Kwang Soo dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Berita itu dimaklumkan oleh agensinya, King Kong by Starship. Menurut agensinya, disebabkan kemalangan itu Kwang Soo mengalami patah pergelangan kaki kanan dan terpaksa melakukan pembedahan hari ini.





"Pada petang Sabtu (15 Februari), kereta yang dinaiki Kwang Soo telah dilanggar oleh sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat. Bagaimanapun kemalangan itu tidak serius namun selepas melakukan pemeriksaan di hospital berhampiran, Kwang Soo disahkan mengalami patah di bahagian pergelangan kaki kanannya.

"Kwang Soo kemudiannya dimasukkan ke hospital dan sedang menerima rawatan. Buat masa ini dia tidak dapat meneruskan aktiviti seninya untuk memberikan fokus kepada penyembuhan," maklum wakilnya.

Difahamkan Kwang Soo menjalani pembedahan dibahagian pergelangan kakinya hari ini. Terdahulu, susulan kemalangan yang menimpa, agensinya telah merehatkan sementara segala aktiviti kerjaya Kwang Soo termasuk rakaman bersama program Running Man.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Soompi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: