06 March 2020
2 HARI DUDUK LOKAP TAK SEMESTINYA BERSALAH - ISTERI DA'I FARHAN
"Saya bukan sesiapa tetapi Allah letakkan dengan cara ini. Saya terima dengan reda dan ikhlas. Apa-apa saya berserah kepada nasib saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, saya tahu tak semua rakyat Malaysia yang makan dedak," demikian kongsi isteri kepada juara program Da’i musim kedua iaitu Dr. Erin mengenai pengalamannya selama dua hari meringkuk dalam lokap polis.
Dia yang ditahan atas dakwaan menipu seorang pelanggan berhubung urusan sijil halal bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan semula dengan diikat jamin RM4,000.
Tambahnya, meskipun terpaksa bermalam selama dua malam di dalam lokap, dia tidak pernah berasa malu dan sebaliknya menganggap itu sebagai satu ujian terhadap dirinya. Dia turut berkongsi pengalaman hanya menikmati makanan seperti ikan dan nasi kosong seterusnya menerima ujian tersebut dengan hati terbuka.
Selain itu, dia juga mengucapkan berterima kasih kepada pegawai polis yang menjaganya dengan baik sepanjang berada di dalam lokap.
Klik untuk gambar besar
Sumber: Drholisw
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment