05 March 2020

KEMBAR SEPASANG AZHAR SULAIMAN BERJAYA DALAM SPM - LEONA PEROLEH 7A, 1B


Syukur Alhamdullilah My Twins Rees & Leona Telah Berjaya Dalam Results SPM Mereka. Dua dua pun sudah setuju untuk ambik jurusan Undang Undang. Thanks A Zillion To My Wife Chempaka Yang Sentiasa Work Hard For The Kids & Telah Menjaga Family Kita Dengan Baik. You're The Best Mommy!" demikianlah tulis pelakon Azhar Sulaiman menerusi laman Isntagramnya.





Melihat Instagram anak kembar perempuan Azhar iaitu Kasih Iris Leona, dia berpuas hati dengan keputusan yang diperolehnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kejayaan tersebut membolehkan Leona meraih keputusan 7A,1B+: "7As 1B+, I think I did okay," tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata menitip ucapan tahniah buat remaja berkenaan. Sementara itu, Leona yang memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram sering berkongsi foto dan videonya di media sosial tersebut.

Tahniah kami ucapkan kepada Leona dan kembarnya serta pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM!

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datin Seri Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: