19 March 2020

AL-FATIHAH - MAYA MATAHARI KEMBALI KERAHMATULLAH


"Saya dapat panggilan daripada Kak Ieda (Moin) yang memaklumkan mengenai berita ini. Setakat ini, saya dimaklumkan jenazah arwah berada di Sungai Buloh, namun belum tahu di mana lokasinya secara spesifik," demikian kata rakan baiknya Haiza.





Difahamkan, penyanyi yang poular dengan lagu Matahari itu meninggal dunia semalam bertarung dengan sakit kanser.

Bagaimanapun, Haiza ketika dihubungi berkata, dia masih menunggu maklumat terkini mengenai jenazah arwah.

Menurut Haiza, dia tahu bahawa rakannya itu menghidapi kanser sejak arwah menyertai Gegar Vaganza musim kelima pada 2018. Difahamkan, Maya baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di sana.

"Kali terakhir saya bertemu dengan arwah adalah ketika dia dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur di Bangsar pada penghujung tahun lalu dan sejak itu, selalu berhubung menerusi telefon," katanya dipetik melalui Harian Metro.

Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee popular menerusi beberapa lagu antaranya Matahari dan Diari Biru sekitar 1990-an. Dia kemudian kembali menggegar bidang seni apabila menyertai program Gegar Vaganza.

Al-Fatihah!

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: