19 March 2020

BEKAS ISTERI MENINGGAL DUNIA - CHEF WAN ATUR PENGEBUMIAN HARI INI


Akhirnya... Allah lebih sayang pada bekas isteri chef Wan atau nama sebenarnya Dato Redzuawan Ismail yang disahkan meninggal semalam.

Kongsi Chef Wan melalui Ignya, bekas isterinya baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang, Selangor. Dalam hal ini, dia akan mengatur semua urusan pengebumian bekas isterinya itu hari ini.





Untuk info, sebelum ini Chef Wan pernah memuat naik satu posting di mana, sebelum anaknya Serina melawatnya di hospital, anaknya itu sempat melawat bekas isterinya yang turut terlantar di hospital.

Chef Wan turut memberitahu bahawa bekas isterinya itu menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya disebabkan diabetes. Ketika itu, keadaan bekas isterinya dalam keadaan bahaya kerana jantungnya agak lemah.

Salam Takziah diucapkan!

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: