19 March 2020

BAPA ZAHID AF2 MENINGGAL DUNIA



Nampaknya, semalam merupakan hari sedih buat artis kita apabila segelintirnya kehilangan orang tersayang. Penyanyi Zahid Baharudin juga turut diuji apabila dia mengesahkan kematian bapanya, Baharudin Md Arif pada 4.16 petang semalam di Hospital Teluk Intan, Perak.



"Pada awalnya, arwah terjatuh di rumah dan ditahan di hospital sejak 7 Mac lalu. Doktor sahkan ada pendarahan dalam kepalanya," katanya yang pernah menjadi juara Akademi Fantasia 2.

Tambahnya, arwah bapanya itu sebelum ini pernah ditahan di hospital selama 11 hari sejak 7 Mac lalu selepas terjatuh di rumahnya.

"Inshaa-Allah, jenazah bapa saya akan disemadikan di Teluk Intan pada esok hari dan maklumat terperinci akan saya dikongsikan nanti kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya dipetik sebagai berkata.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: