27 March 2020

AWEERA KATA JANGAN SAMAKAN ARTIS MALAYSIA DENGAN ARTIS LUAR


"Yang kayakan artis luar tu org kita la. Jangan tanya kenapa artis kita tak sekaya artis luar sebab org kita sendiri tak kasi sokongan, Jangan bodoh sangat otak tu nak bezakan dgan international artis la adoi! Kalau tak dah lama artis kita sama kaya dengan Metallica atau Scorpion, tak payah bandingkan dengan Kpop la adoi!





"Artis luar ni jual lagu seluruh dunia paling pekak pun ambil tahu berapa ramai penduduk dia. Pihak pihak tertentu dalam industri juga harus pandang benda benda macam ini sebab bila ada keadaan yang sukar sebegini bayangkan berapa ramai artis yang bekerja keras untuk Industri muzik Malaysia sekarang berada dalam keadaan sukar.

"Kasi adil dan saksama la jangan terlalu pandang pada views, rating dan sebagainya, sekarang views berpuluh juta dan sebagainya dulu tak ada youtube & tak perlu menipu atau ditipu dengan nombor nombor yang mengarut ni sampai zero kualiti (tak semua)

"Sampai terlalu ramai tak bleh cari makan bila keadaan seperti covid ni muncul sekarang korang sendiri bleh rasa betapa sukarnya bila tak ada income atau sebagainya ATAU JOB KORANG KENA HENTIKAN! nah.. sekarang korang rasakan lah sedikit apa yang mereka rasa berpuluh tahun!

Klik untuk gambar besar


"Bayangkan pada artis artis yang tidak diperdulikan sebelum ini (yang berkualiti bukan yang mengarut) saat sekarang ni bagaimana kah mereka? Yang ada duit & kaya bleh la sembang kasi bimbang... Sorry to say Dan aku rasa @black.hanifah bukan maksudkan diri dia maybe dia cakap tu untuk sesetengah artis yang nasib kurang baik, kurang job, atau artis artis yang cukup cukup makan mungkin niat dia tu nak membantu pada yang memerlukan.

"Apapun steadyy pah @black.hanifah," demikian tulis penyanyi Aweera menerusi laman Instagram yang menempelak sikap netizen yang mempertikaikan tindakan segelintir artis yang memohon bantuan kerajaan selepas sumber pendapatan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Aweera berkata, tindakan membandingkan kedudukan dan kewangan artis tempatan dengan luar negara adalah tidak wajar. Menurut Aweera, sudah sampai waktu pihak bertanggungjawab dan peminat berlaku adil dengan penggiat seni tempatan.

Terdahulu, penyanyi, Black Hanifah dalam satu kenyataan berkata, PKP yang dilaksanakan turut menjejaskan 'periuk nasi' penggiat seni tempatan. Disebabkan itu, Black berharap kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus. Bagaimanapun, kenyataan Black itu dipertikaikan warganet selain membandingkan dengan cara artis Kpop yang menderma bagi membantu mangsa Covid-19.




www.myartis.com / Sumber & foto: harian Metro & Instagram Aweera


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: