27 March 2020

AZWAN ALI MUNCUL DI MAHKAMAH: "POLIS SURUH DATANG, IKUT JE LA NAK TAKUT APA"


Pada pagi Jumaat, selebriti serba boleh, Azwan Ali atau Diva AA dilihat telah muncul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta dipercayai berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya oleh Hospital Putrajaya pada Selasa lalu.





Dia yang hadir berpakaian serba hitam dilihat hadir ditemani dua pembantunya. Bagaimanapun Azwan terpaksa menunggu seketika di pintu utama kompleks mahkamah sementara menunggu surat kebenaran sebelum dibenarkan masuk.

Menerusi rakaman Facebook live bersama portal Malaysia Gazette, Azwan berkata dia sendiri tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai arahan untuk hadir ke mahkamah: "Tak tahulah kes apa. Saya tak tahu menahu... hanya datang je. Apabila polis suruh datang, saya datang la. Ini arahan polis... apabila polis suruh datang, ikut je la nak takut apa," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Azwan membuat permohonan maaf kepada pihak Hospital Putrajaya kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap mereka. Ia berpunca daripada rakaman video seorang penyanyi wanita era 80-an yang mengadu tentang layanan kakitangan hospital berkenaan ketika kunjungannya baru-baru ini.

Susulan itu Hospital Putrajaya membuat laporan polis pada Selasa berhubung penularan dua video menjejaskan imej dan kredibiliti pegawai perubatan dalam mengendalikan kes Covid-19 di Balai Polis Presint 7, Putrajaya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: