27 March 2020

"SAYA ARTIS AGAK SENDU TAPI TAK MINTA BANTUAN GOMEN (KERAJAAN)..." - JIMMY SHANLEY


Pengacara Jimmy Shanley menerusi satu entri di laman Instagram telah tampil menyatakan pendirian terhadap isu artis memohon insentif kerajaan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular sejak semalam. Kata Jimmy, walaupun dia bukan selebriti terkemuka namun tidak meminta bantuan daripada kerajaan.





Malah, Jimmy menawarkan pula bantuan untuk golongan memerlukan terutama ibu tunggal: "Saya artis yang agak sendu tapi tak minta bantuan gomen (kerajaan), ada sesiapa perlukan pertolongan sila DM. Ibu tunggal diutamakan," kata Jimmy.

Kenyataan terbuka Jimmy itu mendapat respon positif daripada netizen malah ada yang menyarankan agar Jimmy membantu pula golongan selebriti yang meminta bantuan. Kecoh di laman sosial apabila ada segelintir selebriti menyatakan kerisauan terhadap tiadanya bantuan daripada kerajaan untuk anak seni.

Impak itu ekoran penularan wabak COVID-19 yang menjejaskan sumber utama pendapatan golongan artis terutama pelakon dan penyanyi apabila tiada undangan atau tawaran berlakon. Lebih mengusutkan apabila kebanyakan artis terlepas pandang untuk mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepanjang bergelar anak seni.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Jimmy menerusi muatnaik yang sama telah berkongsi kisah semut yang boleh menjadi teladan buat semua: "Rezeki dari Allah. Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. "Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?? Maka semut itu menjawab "wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun.

"Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu. Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.

"Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi, "Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun?? Maka semut itu menjawab, "Jika diluar botol ini aku yakin Allah akan bagi rezeki yg cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yg cukup..

"Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun.. Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat.. Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki Allah kepadanya.. Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan Rezeki Allah maka lebih teruk daripada semut.. Yakinlah rezeki milik Allah, ianya milik Allah secara mutlak.. #Zakat #PPZ @pusatpungutanzakat," tulis Jimmy pada status tersebut.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Jimmy Shanley


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: