27 March 2020

IG ALMY HAMPIR DIGODAM: "KENAPALAH SELALU AMIK KESEMPATAN ATAS REZEKI ORANG" - FIZZ


"Tolonglah penggodam, janganlah ambil IG saya. IG ni punca rezeki saya nak bantu keluarga... Tolonglah," tulis pelakon Datin Almy Nadia menerusi Instagram Stories yang memohon kepada pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak menggodam akaun Instagram (IG) miliknya kerana media sosial tersebut adalah punca rezeki untuk dirinya membantu keluarga.





Dalam pada itu, suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang juga merupakan pelakon meluahkan rasa kesal kerana mengambil kesempatan dengan punca pendapatan Almy: "Kenapalah selalu nak amik kesempatan atas rezeki orang. Hack la IG orang lain.. IG dia nak cari rezeki!!" luahnya.

Untuk makluman, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Almy Nadia & Fizz Fairuz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: