18 March 2020

BEKAS ISTERI FIKREE: "JANGAN FITNAH CAKAP SAYA TAK BAGI ANAK JUMPA AYAH..."


"I just want to clarify one thing to everyone. Untuk Jayden I would sacrifice anything. Dulu I telan apa2 sahaja yg happened in my marriage sebab nak jayden ada ayah. Even now dah divorce pun "kalau" ayah dia nak berjumpa Jayden.. saya takkan nak pernah halang or "kalau" the father nak call or video call memang saya akn bgi Jayden..





"Malah saya mmg selalu update perkembangan Jayden kepada si ayah whether he wants to know or not. I just do my part as a mother. No more and no less. I will do this hanya sampai Jayden dah ada akal sendiri dan ada his own moral compass. Afterward pandai2 lah masing2 nak justify action sendiri sebab Jayden bukan budak2 yg senang kena tipu lagi.

"Tolong ya jgn nk fitnah saya cakap saya tak bagi anak jumpa ayah dia. Dah tak terkira dah dosa dekat saya..nak tambah dosa ni pulak. Mohon taubat," demikian tulis bekas isteri Chef Fikree, Syarifah Zuriehan yang menegaskan dia masih membenarkan anak tunggalnya, Jayden untuk bertemu dengan bapanya.

Klik untuk gambar besar


Tambah Zuriehan, dia tidak mahu terus ditohmah dengan pelbagai tuduhan tidak berasas mengenai kehidupan peribadinya bersama Jayden. Malah, dia sentiasa mengemaskini perkembangan semasa anaknya kepada bekas suaminya itu.

Zuriehan juga memberitahu dia enggan menghasut anaknya untuk berpihak pada sesiapa. Untuk makluman, Chef Fikree dan Zuriehan berkahwin pada 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jayden Malik yang kini berusia 3 tahun. Kemelut rumahtangga pasangan itu mula tercetus apabila Fikree didakwa berlaku curang terhadap bekas isterinya. Mereka akhirnya memutuskan untuk berpisah pada Mei 2019.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Syarifah Zuriehan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: