18 March 2020

"THE BEST BIRTHDAY GIFT EVER" - AYDA JEBAT TERIMA LAMARAN NABIL MAHIR


Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat akhirnya menerima lamaran bekas HLive! pengacara Nabil Mahir selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing. Berita gembira itu dikongsi menerusi laman sosial pasangan ini yang memuatnaik foto bersama cincin lamaran yang diterima pada ulang tahun ke-28 iaitu pada 17 Mac lalu.





Menerusi kapsyen tersebut, Ayda memberitahu perkara itu merupakan hadiah ulang tahun yang paling bermakna untuknya: "The best birthday gift ever. I said yes! (Hadiah hari jadi paling bermakna. Ya saya terima!" tulisnya berserta hashtag #Helockmeforever #BilAydaJatuhCinta. Sementara itu, kapsyen Nabil pula: "She said yes!" tulisnya.

Rata-rata pengikutnya termasuk rakan-rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan itu: "Tahniah dan selamat hari jadi baby girl," tulis Mira Filzah. - "Ee bestnya congratulation!" ucap Ernie Zakri.

Klik untuk gambar besar


Pada November lalu, Nabil mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Ayda, malah dia merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Manakala Ayda juga berkata kehadiran Nabil dalam hidupnya menjadikan dia seorang manusia yang lebih baik: "Kalau orang tanya kenapa saya Kawan dengan dia? Salah satu sebab dia jadikan saya manusia lebih baik dari sebelum ini," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Ayda Jebat & Nabil Mahir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: