16 March 2020

DAPAT TAWARAN BELAJAR DI UITM - ALIFF SYUKRI BERJANJI TAKKAN RIAK


"Akhirnya setelah study 3 bulan lulus gak ujian utk masuk degree bisnes #uitm.. Abg lulus ujian syukur kepadamu yallah.. bermulalah hari abg sebagai pelajar... anda tak kenal sy secara dekat jgn nak menikai saya...





"Walaupun ramai orang yang bercakap dengan saya yang saya tidak pandai, saya bodoh, suara saya tidak sedap, suara saya macam nobita, pergi hospital sakit jiwa dan sebagainya tetapi saya tahu yang saya masih waras dan saya mempunyai wawasan yang tinggi untuk berjaya.

"Walaupun ramai yang mengata saya, anda tengok usaha saya dan saya telah diterima untuk menjadi seorang pelajar UITM dengan SARJANA MUDA.. Orang yang mengutuk dan mengecam saya tidak mendapat apa/apa pun. Doakan kejayaan abang ya. Alhamdulillah ... hidup #uitmshahalam," demikian tulis usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagram miliknya.

Sebelum ini Aliff Syukri pernah menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi serta memiliki segulung ijazah. Impiannya itu tercapai apabila Aliff memaklumkan dia diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Klik untuk gambar besar


Bakal mengikuti kursus Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa yang bertempat di UiTM Shah Alam, Aliff mengatakan dia bukanlah bodoh seperti yang disangka netizen. Malah menerusi perkongsian itu juga, Aliff memberitahu dia ingin mebuktikan dirinya masih waras serta mempunyai wawasan yang tinggi untuk berjaya meskipun sering dihina dan dikecam teruk oleh orang ramai.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah kepada usahawan tersebut, namun seperti sudah dijangka ada segelintir netizen mempertikaikan kelayakan usahawan itu sehingga diterima masuk ke Universiti.

Sementara itu, Aliff Syukri berjanji untuk tidak bersikap riak di laman sosial. Malah, Aliff juga mengakui sudah meminta ampun dan maaf kepada ibunya, Rozita Ibrahim susulan video yang dimuatnaik di IG minggu lalu.



"Saya sudah berjumpa bonda dan berkongsi video di IG. Cuma, apa yang dimuatnaik itu adalalah rakaman semula. Sebelum itu, adalah dia mengamuk dan bising. Sama juga saya. Namun, ia tidak dikongsikan. Saya tunjuk yang gembira saja.

"Sebab, tidak mahu orang akan bercerita lebih buruk. Bagi saya, macam mana jahat sekali pun mak kita, dia tetap mak kita. Dalam kes saya, bukan nak kata mak saya jahat. Jadi, saya sudah minta maaf dan ampun daripadanya. Saya juga berjanji takkan riak dan akan dengar cakap," katanya.

Bagaimanapun, Aliff yang baru muncul dengan single 'Coba Bahagia' berkata, dia tetapi tidak bersetuju dengan tindakan ibunya membuat teguran secara terbuka di IG: "Saya tak setuju dengan bonda iaitu kutuk saya di IG.



"Sepatutnya jumpa saya depan-depan. Tapi, sebelum ini memang sudah pernah nasihat. Tapi saya jenis kalis teguran. Jadi, apabila berjumpa kami berpeluk dan menangis bersama-sama. Itu mengeratkan lagi silaturahim," tuturnya.

Aliff juga menegaskan dia tidak gila atau sakit mental seperti yang didakwa masyarakat: "Orang tak boleh rasai apa saya rasa. Mereka orang biasa yang tengok saya di IG dan FB. Mereka tak pernah rasa menjadi Aliff Syukri sebenar yang mana bukan seperti apa yang dipertontonkan.

"Masyarakat hanya nak nampak isu panas yang disogokkan oleh media massa sedangkan mereka tak tahu apa saya buat. Kalau saya gila, saya takkan ada kerja dan pergi jumpa mak. Sejujurnya, saya memang jumpa doktor untuk mendapatkan ketenangan. Malah, ia ada kaitan dengan tindakan nak bunuh diri. Tapi, saya bukan jumpa doktor sakit jiwa. Saya tertekan dengan pekerja dan hal lain," ujarnya.

Apa pun tahniah diucapkan kepada Aliff Syukri dan semoga dapat menghabiskan pelajaran serta terus maju dalam bidang perniagaan. Diharap, Aliff dapat mengurangkan kontroversi selepas ini apabila sudah bergelar pelajar.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Harian Metro & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: