15 March 2020

GARA-GARA TAKUT CONVID-19, ZIZI KIRANA TANGGUH SEMUA JADUAL SENI


"Tolong Jaga Kesihatan Dan Keselamatan Anda Semua Wahai Kesayangan Sia," demikian kongsi penyanyi Zizi Kirana yang menangguhkan segala jadual promosi serta persembahan awamnya sepanjang bulan ini dan April.





"Untuk dua bulan ini, saya putuskan untuk tidak membuat sebarang promosi dan persembahan terutama yang membabitkan khalayak awam. Syukur, penganjur juga mengambil langkah itu, justeru banyak jemputan tawaran ditunda.

"Saya tidak menafikan agak paranoid juga apabila situasi wabak Covid-19 semakin membimbangkan. Nak bersalam pun serba-salah dan untuk keluar ke khalayak ramai juga ragu-ragu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik untuk gambar besar


"Bagaimanapun, saya masih akan menunaikan tanggungjawab terhadap tawaran seperti penggambaran kecil. Selebihnya, saya akan duduk di studio saja untuk buat rakaman lagu," tambahnya bimbang dengan penularan wabak Covid-19 yang makin menular.

Dalam pada itu, dia juga terpaksa membatalkan hasrat untuk pulang ke kampung halaman di Sabah.

"Sebenarnya saya teringin pulang ke Sabah berjumpa keluarga dan menenangkan fikiran. Tapi saya jadi risau pula dengan keadaan sekarang bahkan mahu ke lapangan terbang pun saya ragu-ragu," katanya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: