Nampaknya kisah rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan suami Engku Emran sejak Kebelakangan ini menjadi perbualan hangat netizen. Malah, peminat terus membuat pelbagai spekulasi berhubung rumah tangga mereka yang dikatakan sedang bergolak.

Lebih-lebih lagi apabila Laudya enggan berkongsi foto suami di laman Instagram dan mengunci mulut mengenai status rumah tangga mereka. Menurut laporan Grid.ID, salah satu akaun Instagram peminat telah berkongsi foto Laudya bersama suami sambil mengenakan penutup hidung dan mulut.
Perkongsian itu membuatkan peminat teruja dan menganggap hubungan pasangan ini masih dalam keadaan baik: "Stay safe ya kalian semua. Semoga virus Covid-19 segera hilang dan pergi jauh dari negara kita" tulis akaun peminat itu.
Klik untuk gambar besar

Namun begitu ada pengikut memberitahu foto itu bukanlah gambar terbaharu mereka: "Gambar baru ke ni? - "Foto lama ini. Semoga ada foto-foto baru kamu berdua," komen pengikut.
Untuk makluman, Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment