25 March 2020

ERRA MUATNAIK VIDEO 'SURAT DARI KELAWAR UNTUK MANUSIA' SENTUH RAMAI PIHAK


Pelakon, penyanyi dan pengacara Erra Fazira menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini berkongsi video tentang kelawar dan turut menulis kapsyen dengan mesej mendalam tetapi sangat bermakna kepada semua. Entri yang dimuatnaik Erra itu telah menyentuh hati pengikutnya.





"Another good info.. Buat mereka yg mahu mengerti.. Moga apa yg berlaku menjadikan kita manusia yg lebih waras dan berilmu dimasa akan datang.... Maaf ya.. kita cakap generally.. kita jgn hentam kaum dan bangsa.. tak semua begitu.. masih ramai yg waras.. so nakmo hentam2 sangat k.. we spread love. InsyaAllah selepas ini moga semua akan lebih berilmu dan akur dgn hukum alam..," tulis Erra.

Video bertajuk ‘Sekeping Surat Dari Kelawat Kepada Manusia’ yang dikongsi Erra menyentuh tentang 'kegilaan' memakan makanan yang tidak sepatutnya dijamah oleh manusia. Kerakusan manusia kerana menurut nafsu tanpa memikirkan kesan mudarat di kemudian hari, akhirnya menjerat diri sendiri.

Klik untuk gambar besar


Posting tersebut mendapat hampir 500 ribu tontonan dengan lebih 1700 komen dan perhatian daripada ramai rakan selebriti seperti Siti Nordiana, Achey, Khai Bahar, Ifa Raziah, Ajak, Amelina, Salina Saibi dan ramai lagi.

Rata-rata mereka tersentuh dengan perkongsian Erra, dan ada di antara selebiriti tersebut membuat ulang siar posting Erra di laman sosial masing-masing. Sementara itu, pengikut IG Erra turut mengucapkan terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat tersebut.

"Terima kasih atas info...Tolonglah, kepada mereka yang selera menggila tu hentikan la..kelawar juga makhluk istimewa ciptaan Allah dan berjasa…Tapi manusia sendiri yang mencari bala walaupun kita tahu mungkin ini juga ujian dari Allah untuk menguji hambanya,” tulis salah seorang peminat.












www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Erra Fazira


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: