25 March 2020

PERLEKEHKAN - HOSPITAL PUTRAJAYA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DAYANGKU INTAN & AZWAN ALI


Menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook, Hospital Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan COVID-19.





Dalam kenyataan pada Selasa, Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora'i Mohd Said berkata, video pertama dipercayai milik penyanyi Dayangku Intan yang mempunyai impak tontonan tinggi. Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik selebriti serba boleh, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh pemilik selebriti pertama.

Dr Nora'i berkata, isu berkenaan telah diperbesar-besarkan dengan perkataan-perkataan kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas: "Pengurusan Hospital Putrajaya memandang serius akan perkara ini dan turut kesal dengan penularan video tersebut," katanya.

Beliau berkata, orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan ditetapkan sepanjang mengendalikan wabak itu.

Klik untuk gambar besar


"Para petugas keletihan dan terpaksa mengenepikan ahli keluarga masing-masing demi tugas yang bahaya ini. Penularan ini telah memberi tekanan emosi kepada para petugas sedangkan sokongan moral dan semangat yang harus diberikan, dan bukannya kata cacian dan kesat seperti ini," ujarnya.

Dr Nora'i berkata laporan polis itu dibuat bertujuan mendapat tindakan sewajarnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu yang tidak menghormati tugas anggota paramedik.

Pada pendapat kami, kerja keras petugas kesihatan di barisan hadapan yang berdepan dengan kes-kes jangkitan COVID-19 di negara ini harus dipuji. Mereka sedia berkhidmat dan berkorban demi masyarakat dan negara.

Namun, kita jangan lupa mereka juga manusia biasa, ada rasa tertekan dan penat. Setiap hospital di Malaysia dalam keadaan gawat dan ramai petugas 'burn out'. Apa salahnya kalau kita memahami juga keadaan mereka?




www.myartis.com / Sumber: Astro Awani & Hospital Putrajaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: