02 March 2020

SHIHA ZIKIR ENGGAN TERBURU-BURU KAHWIN WALAUPUN 11 TAHUN JALIN CINTA


Penyanyi Shiha Zikir masih dengan pendiriannya iaitu enggan terburu-buru menamatkan zaman bujang meskipun sudah 11 tahun bercinta dengan seorang jejaka dikenali sebagai Arul. Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 33, dia bersyukur kerana mempunyai teman lelaki yang memahami dan tidak pernah memaksa dalam soal perkahwinan.





"Walaupun dah 11 tahun tapi dia sentiasa memberi semangat kepada saya dalam industri. Saya pun lega sebab kalau dapat pasangan suka paksa nak kahwin, mesti pening kepala. Bagi saya, setiap apa yang kita nak lakukan tak perlu nak terburu-buru atau memaksa.

"Sebab Tuhan dah tetapkan masa untuk kita. Kami dah berusaha tapi bukanlah bermaksud tak nak kahwin. Cuma, tunggu waktu yang tepat dan go with the flow sahaja," kata Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 33,

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Shiha pernah mendedahkan ada orang kenamaan (VIP) mencuba untuk mendekati biarpun sudah mengetahui dia sudah mempunyai kekasih. Kata penyanyi lagu 'Pipiyama' ini, dia berasa bertuah mempunyai kekasih yang memahami dan tidak pernah berasa cemburu dengan mana-mana lelaki yang cuba dekatinya.

Tambah Shiha lagi, dia tidak mahu menetapkan sasaran bila akan berkahwin kerana masih mempunyai impian yang belum dikecapi: "Saya tak nak terlalu merancang sangat soal kahwin ini kerana bimbang juga apa yang dirancang, tidak menjadi. Jadi lebih baik kita tunggu sahaja.

"Lagipun, ada lagi impian yang saya belum capai. Mungkin selepas saya menjadi juara dalam mana-mana pertandingan, saya terus kahwin. Buat masa ini, fokus saya pada kerjaya tapi kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan dan mungkin tiba-tiba saya akan kahwin dalam masa terdekat ke," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Shiha Zikir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: